Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA-SANGGA BUANA

SUMBER INTERNET


Tema

Poster

Rujukan

Google Image

Huraian

Berdasarkan poster yang dinyatakan, grafik yang dihasilkan dalam poster tersebut memenuhi elemen warna yang tidak terlalu berlebihan. Elemen yang warna diterapkan dalam poster tersebut adalah wajar kerana tidak lebih daripada tiga warna. Hal ini membolehkan poster yang dihasilkan bukan sahaja menarik, tetapi mesejnya lebih mudah difahami berbanding poster yang mempunyai banyak warna. Namun, penyesuaian elemen warna pada poster bergantung kepada mesej yang hendak disampaikan dan tidak menjadi kesalahan sekiranya elemen warna pada poster dihasilkan melebihi tiga warna.

 



Tema

Pemandangan

Rujukan

Aplikasi Instagram

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan yang dilihat dari udara ini menunjukkan kombinasi warna yang menarik dan cantik. Warna air yang kebiruan dan bukit-bukau yang menghijau menimbulkan lagi warna yang menarik bagi grafik ini. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada audien.



Tema

Alam Sekitar

Rujukan

Aplikasi Pinterest

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam sekitar. Campuran warna hijau dan warna-warni bunga menambahkan keindahan pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih menjadi seorang yang mesra alam.



Tema

Sungai

Rujukan

Google Image

Huraian

Elemen warna dalam foto sungai tersebut mengikut elemen grafik warna yang tidak melebihi tiga warna dalam satu masa. Air sungai yang warnanya biru kehijauan ditambahkan warna coklat kayu dan tanah serta kehijauan daun pokok cukup menimbulkan satu grafik warna yang tenang dan mendamaikan dalam foto tersebut. Elemen warna yang tidak serabutkan penglihatan serta kontra warna yang bersesuaian. Oleh itu, elemen warna sangat dinamik dalam foto ini.



Tema

Pemandangan

Rujukan

Aplikasi Twitter

Huraian

Berdasarkan gambar di atas, gabungan elemen warna biru langit dan hijau rumput memenuhi ciri-ciri elemen asas grafik warna kerana tidak melebih tiga jenis warna. Gambar di atas juga tidak merumitkan untuk penonton menikmati pemandangan keseluruhan sebuah stadium yang berpengkalan di London, United Kingdom iaitu pasukan bolasepak Chelsea FC. Bukan itu sahaja, warna-warna dalam foto ini bersesuaian dan berkait antara satu sama lain. Oleh itu, foto ini memenuh elemen warna.



Tema

Ruang Kediaman

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar yang dipaparkan adalah kawasan ruang tamu sebuah rumah. Konsep yang dibawakan dalam hiasan ruang tamu tersebut adalah konsep minimalis. Konsep minimalis merupakan sebuah konsep yang ringkas, teratur dan tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Warna cat yang digunakan adalah warna yang bersifat neutral seperti gabungan putih, hitam dan coklat. Dalam gambar tersebut, penghias rumah ini menggunakan gabungan warna putih, coklat dan sedikit warna kelabu. Konsep ini juga dapat mewujudkan ketenangan untuk penghuninya.



Tema

Filem Inggeris

Sumber

Google image

Huraian

Berdasarkan poster filem tersebut, terdapat tiga warna sahaja yang digunakan iaitu merah, hitam dan kuning. Pemilihan warna tersebut memberi kesan terhadap mesej yang disampaikan. Filem yang bertajuk “The Dark Knight Rises” ini membolehkan pembaca memahami dengan baik dan jelas disebabkan warna pada tulisan tersebut terang kerana berlatar belakang hitam. Oleh itu, pemilihan warna yang tepat dan sesuai dengan mesej dapat menjadikan grafik tersebut berkesan.



Tema

Iklan Minuman

Sumber

Google Image

Huraian

Elemen yang hadir di dalam iklan minuman tersebut adalah elemen warna. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan warna yang tidak berlebihan daripada tiga warna. Hal ini membantu pembaca memahami iklan tersebut dengan lebih mudah. Makanya, maklumat yang cuba disampaikan oleh papan tanda tersebut tercapai.



Tema

Promosi Iklan

Sumber

Google Image

Huraian

Berdasarkan iklan promosi di atas, penggunaan teks adalah mudah difahami dan jelas. Penggunaan warna merah dalam teks digunakan untuk menyampikan mesej yang disampaikan oleh syarikat pengiklanan tersebut dapat difahami dengan baik. Iklan promosi tersebut juga menyatakan diskaun yang diberikan bagi meyakinkan audien. Hal ini jelaslah menunjukan bahawa warna dalam iklan memainkan peranan penting dalam grafik.



Tema

Bunga Raya

Rujukan

Google Image

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam sekitar. Campuran warna hijau dan merah bunga menambahkan keindahan pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih menjadi seorang yang mesra alam.


GAMBAR SENDIRI


Tema

Pemandangan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar pinggir laut yang dinyatakan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan yang dilihat dari daratan menunjukkan kombinasi warna yang menarik dan cantik. Warna air laut dan langit menunjukkan warna kebiru-biruan, bukit-bukit yang dipenuhi dengan rimbunan pokok yang menghijau dan juga pinggir laut yang berpasir putih menjadikan satu kombinasi yang mewujudkan pemandangan yang mendamaikan. Oleh itu, kombinasi warna pada pemandangan pinggir laut tersebut menjadi salah satu tarikan dan mudah diterima umum.



Tema

Minuman Berkafein

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan cantik. Gabungan warna coklat, jingga dan kebiruan menaikkan efek grafik ini. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada audien.



Tema

Patriotik

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar di atas menunjukkan figura berada di hadapan “Saloma Bridge”, Kuala Lumpur. Apa yang difokuskan adalah pada warna yang ditunjukkan pada jambatan itu. Warna yang ditunjukkan ialah warna bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang yang diambil tepat pada waktu. Suasana malam dalam gambar yang gelap memberi pencahayaan yang baik kepada warna lampu-lampu di jambatan itu. Audien juga dapat memberi fokus kepada warna di belakang figura berbanding dengan figura itu sendiri.



Tema 

Aurora 

Rujukan 

Gambar sendiri

Huraian

Refleksi warna biru, biru kehijauan dan ungu terpantuk ke pokok buluh dan air tasik menampakkan satu pandangan seakan-akan fenomena aurora di langit. Ditambah pula seni bina bentuk pagoda cina yang dicahayai dengan warna kuning di tengah-tengahnya. Perkara ini membuatkan orang tertarik dengan refleksi cahaya tersebut tambahan pula pada gelap waktu malam. Oleh itu, gambar tersebut memenuhi elemen warna dalam asas grafik.



Tema

Patriotisme

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar di atas, warna pada Jalur Gemilang dapat menarik perhatian audien apabila melihatnya. Penonton akan lebih tertarik kepada warna-warna yang terdapat di Jalur Gemilang kerana gambar ini menfokuskan kepada Jalur Gemilang tersebut berbanding latar belakang yang lain. Oleh itu, foto ini memenuhi elemen warna.



Tema

Taman Rekreasi

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Gambar yang dirakam merupakan sebahagian dari kawasan taman rekreasi iaitu Taman Bunian, Kulim, Kedah. Taman ini dikelilingi pokok-pokok yang menghijau dan merimbun. Majoriti warna yang terdapat di taman ini ialah hijau. Namun begitu, beberapa warna lain telah digunakan bagi menyerikan taman tersebut. Sebagai contoh, warna biru dan merah digunakan untuk mewarnai titi kecil di taman tersebut. Terdapat juga penggunaan warna coklat dan kelabu yang digunakan pada pondok seperti mana yang terdapat dalam gambar di atas.



Tema

Makanan Kesihatan

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar tersebut, pemilihan warna sangat minimal dan menarik. Gambar tersebut menggunakan latar belakang berwarna hijau iaitu pada daun-daun dapat menonjolkan lagi gabungan warna kuning dan merah pada botol madu tersebut. Warna kuning itu memberi gambaran yang jelas bahawa madu tersebut berwarna kuning dan warna merah pula digunakan untuk menjadi daya tarikan. Oleh itu, gambar tersebut menepati elemen warna kerana gabungan warna yang terdapat pada grafik ini sangat minimal.



Tema

Kasut

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Gambar kasut ini memaparkan elemen warna. Hal ini dibuktikan melalui ketiga-tiga warna kasut yang berbeza iaitu kelabu, merah dan hijau tua. Kombinasi warna tersebut tidak melebihi daripada tiga warna. Oleh itu,gambar ini telah memenuhi elemen warna.



Tema

Ketenangan di Tasik

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan cantik.  Campuran warna hijau dan langit yan di tasik tersebut. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada sesiapa yang sahaja memandang.



Tema

Permandangan Kolam

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan cantik. Gabungan warna biru air, warna lampu yang berwarna jingga menaikkan warna grafik ini. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada penonton.



BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH- SANGGA BUANA

SUMBER INTERNET


Tema

Papan iklan

Rujukan

Google Image 

Huraian

Gambar yang dinyatakan di atas berkenaan dengan elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, visual yang ditunjukkan dalam papan iklan tersebut mudah difahami secara jelas iaitu berkenaan dengan iklan filem “Kungfu Panda”. Pembaca dapat mentafsir dengan mudah visual yang ditunjukkan walaupun tidak dinyatakan nama filem pada papan iklan tersebut. Grafik yang dihasilkan juga jelas sehingga memudahkan pembaca memahami perkara yang dimaksudkan oleh pereka papan iklan tersebut.

 

Tema

Filem Inggeris

Rujukan

Aplikasi Pinterest

Huraian

Dengan sekali imbas, audien dapat mengetahui dengan mudah bahawa poster di atas merupakan poster sebuah filem Inggeris yang terkenal, iaitu “Joker”. Hal ini dapat dilihat melalui teks yang tertera pada poster iaitu “Joker”. Selain itu, audien juga dapat meneka dengan mudah bahawa ia merupakan poster filem “Joker” melalui figura manusia iaitu “Joker” jika tiada perkataan “Joker” pada poster ini. Oleh itu, poster ini mudah difahami oleh audien tanpa sebarang kekeliruan.


Tema

Iklan Pasar Raya

Sumber

Google Image

Huraian

Berdasarkan gambar tersebut, pembaca dapat memahami teks dan penggunaan perkataan yang ringkas adalah ringkas dan mudah difahami. Mesej yang disampaikan juga adalah jelas penggunaan gambar barangan isi rumah dan pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang hendak ditunjukkan dalam poster tersebut. Hal ini menunjukkan pasar raya Giant dapat memberikan mesej kepada audiennya mengenai promosi yang mereka lakukan dengan mudah.



Tema

Iklan Makanan

Rujukan

Aplikasi Pinterest

Huraian

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat menganggap ia merupakan sebuah iklan makanan. Teks yang ditunjukkan telah mendominasikan poster tersebut sebagai promosi sebuah burger. Poster tersebut jelas menunjukkan potongan harga sebanyak 25 peratus bagi sebuah hidangan. Kontra terhadap warna ilustrasi hidangan dan warna latar belakang telah menonjolkan gambar hidangan tersebut yang dapat difahami oleh khalayak. 

 

Tema

Bola sepak - zarif

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar berikut menerangkan pertandingan bola sepak yang berprestij tinggi iaitu piala dunia yang berlangsung di negara Russia pada tahun 2018 lalu. Gambar ini mudah difahami oleh penonton apabila melihatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana audien tidak memerlukan masa yang panjang untuk berfikir berkaitan maklumat gambar ini. Hal ini menunjukkan bahawa foto di atas mudah difahami oleh audien.



Tema

Perayaan

Sumber

Google Image

Huraian

Berdasarkan gambar di atas, sesiapa sahaja yang melihat pasti memahami tujuan poster tersebut dipaparkan. Poster tersebut menunjukkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan disertakan grafik rumah kampung, pelita dan masjid. Lambang-lambang seperti rumah kampung, pelita dan masjid sering digunakan di dalam iklan hari raya sama ada berbentuk video mahupun foto. Hal ini menjelaskan lagi bahawa sesiapa sahaja yang melihat walaupun sekali pandang, individu tersebut dapat memahami grafik tersebut tanpa sebarang kekeliruan mahupun menafsir makna tersirat. 



Tema

Haiwan

Rujukan

Google Image

Huraian

Berdasarkan gambar di atas menunjukkan seekor penyu yang menetas dari telurnya. Gambar ini mudah difahami oleh penonton dengan sokongan teks iaitu “Di Sini Semuanya Bermula”. Teks ini membawa maksud sebuah kehidupan yang baru bermula. Oleh itu, audien dapat mengetahui bahawa foto di atas menunjukkan bahawa itulah permulaan hidup seekor penyu.



Tema

Pakaian  

Sumber

Google Image

 

Huraian

Gambar tersebut menunjukkan iklan baju kurung berjenama Sabella. Grafik model muslimah berpakaian baju kurung dengan gandingan teks “Baju Viral Tanpa Gosok” itu dapat memudahkan pembaca untuk memahami mesej yang disampaikan. Maksud yang ingin disampaikan di sebalik iklan itu ialah baju keluaran Sabella ini dapat membantu dan memudahkan orang ramai untuk kelihatan bergaya dalam masa yang singkat. Oleh itu, slogan “Baju Viral Tanpa Gosok” memainkan peranan penting dalam gambar tersebut.



Tema

Iklan Makanan

Sumber

Google Image

Huraian

Elemen yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat amat mengenali karakter lelaki tersebut. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan makanan. Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah.



Tema

Rak Buku

Rujukan

Google Image

Huraian

Berdasarkan gambar yang dipaparkan, pembaca dapat memahami dengan mudah mesej gambar ini kerana terdapat sebuah rak buku yang ingin dijual di sebuah kedai perabot. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan. Oleh itu, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah.



 GAMBAR SENDIRI



Tema

Alat Permainan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat HAIWAN alpaca mainan di atas papan kekunci. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan pembaca masih boleh memahami secara tuntas. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah.



Tema

Persahabatan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

 

Dengan melihat foto ini, audien dapat memahami dengan mudah bahawa foto ini menunjukkan satu persahabatan. Ia dapat dilihat melalui teks yang tertera. Bukan itu sahaja, istilah persahabatan juga dapat dilihat dengan mudah melalui ekspresi wajah mereka yang gembira dan mereka juga kelihatan rapat antara satu sama lain. Jelaslah bahawa, mesej grafik ini mudah difahami oleh audien.



Tema

Alam Sekitar

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

 

Gambar yang diambil menunjukkan keadaan parit yang kotor dan kering. Ia juga menunjukkan ketidakpedulian masyarakat terhadap parit yang telah kotor tersebut dan kelihatan semakin mengering. Audien juga dapat memahami bahawa gambar tersebut mengajar mereka supaya menjaga alam sekitar yang menjadi keperluan harian manusia. Penghayatan dalam penjagaan alam sekitar juga dapat diterapkan supaya audien tidak membuang sampah ke dalam saliran dan mencintai alam sekitar supaya dalam keadaan bersih dan terpelihara.



Tema

Alat Permainan Lego

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar alat permainan lego tersebut, dapat difahami bahawa ia menerangkan berkaitan situasi di lapangan terbang dengan adanya kapal terbang dan kereta mengangkut barang di kawasan kapal terbang tersebut. Gambar ini sangat mudah untuk difahami kerana hanya menggunakan elemen kapal terbang dan kereta mengangkut barang di sebelah kapal terbang lego tersebut. Apabila melihat sekali lalu kita dapat memahami bahawa gambar itu merujuk kepada situasi di kawasan lapangan terbang dengan hanya menggunakan dua objek alat permainan lego tersebut dapat menerangkan sesuatu keadaan atau situasi tempat.



Tema

Matahari Terbit

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar diatas, pembaca dapat memahami dengan mudah hubungan di antara gambar dan ayat yang disertakan dalam gambar tersebut. Gambar tersebut yang dirakam saat matahari terbit berpadanan dengan kata-kata tersebut. Pembaca tidak perlu memikirkan adanya makna tersirat dalam ayat atau gambar tersebut. Gambaran matahari terbit itu melambangkan hadirnya hari yang baharu dalam kehidupan seseorang.



Tema

Haiwan Peliharaan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar di atas, menceritakan seekor kucing peliharaan yang berwarna putih berada di dalam sangkar. Gambar ini memenuhi ciri-ciri elemen mudah difahami tanpa memerlukan sebarang penerangan. Hal ini dikatakan demikian kerana kucing sering dikaitkan dengan comel dan manja, bersesuaian dengan teks di atas. Oleh itu, foto ini menunjukkan bahawa seekor kucing peliharaan kerana berada dalam keadaan baik, cantik dan kemas.



Tema

Pondok Usang

Sumber

Gambar sendiri

 

Huraian

Gambar tersebut menunjukkan terdapat sebuah pondok usang yang berada di kawasan sawah padi. Dengan sekali imbas, pembaca dapat memahami dan mentafsir dengan mudah kegunaan pondok ini. Disebabkan pondok ini berada di kawasan sawah padi, sudah tentulah pondok ini merupakan tempat sementara untuk para petani berehat dan berteduh. Suasana di sekitar pondok ini juga kelihatan mendamaikan dan menenangkan seolah-olah boleh menjadi terapi bagi mengurangkan sedikit penat lelah para petani.



Tema

Motosikal Kesayangan

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Elemen yang wujud di dalam gambar tersebut ialah elemen mudah. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memberikan maklumat bahawa gambar tersebut merujuk kepada sebuah kenderaan iaitu sebuah motosikal. Bukan itu sahaja, audien juga dapat mengetahui nama bagi motosikal tersebut. Oleh itu, foto di atas mudah untuk difahami.



Tema

Bunga Matahari

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat sekuntum bunga matahari berwarna merah jambu. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kerana kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, audien juga tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir objek yang ditunjukkan dalam gambar kerana tertera teks “Bunga Matahari Liar”. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah.



Tema

Hadiah

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Elemen yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana penggunaan teks seperti ‘Happy Birthday’ yang menerangkan bahawa ianya merupakan hadiah untuk hari lahir seseorang. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan hadiah. Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah.



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...