Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)


PRA-ANDAIAN

1.       Intuisi

2.       Konteks

·         Penerimaan/ penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

EMOSI

1.       Positif

2.       Negatif

3.       Emosi bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

NILAI DAN BUDAYA

1.       Diri

2.       Masyarakat

3.       Adat

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

1.       Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

2.       Formal/ tidak formal

3.       Kesalahan bahasa

4.       Linguistik


INFERENS

1.       Rumus keseluruhan

2.       Rumusan topik perbincangan

3.       Penutup kata



Pra-andaian

Pra-andaian merupakan perkara yang perlu ditekankan sebelum memulakan sesuatu hujah atau tindakan. Pra-andaian dikelaskan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Aspek intuisi merujuk kepada gerak hati iaitu kebolehan seseorang untuk memahami akan sesuatu perkara tanpa perlu berfikir secara rasional. Aspek konteks pula menjurus kepada penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Emosi

Emosi merujuk kepada gerak hati yang wujud pada setiap manusia apabila berlakunya rangsangan sama ada dari dalam atau dari luar diri. Emosi dipecahkan kepada tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Setiap apa yang ditunjukkan oleh emosi terpapar melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar.

Nilai dan budaya

Nilai dan budaya dilihat dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam rajah Pendekatan Analisis Wacana juga perlu dititikberatkan sebelum memulakan hujah atau tindakan. Contohnya, nilai kasih sayang, baik hati, jujur dan sebagainya.

Bahasa

Bahasa pula merupakan elemen yang penting dalam sesebuah wacana. Bahasa merujuk kepada bahasa pertama/ kedua/ ketiga dan sebagainya. Seterusnya, bahasa juga dinilai pada sudut bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan bahasa juga turut ditekankan untuk menjadikan sebuah penulisan atau ujaran menjadi lebih tersusun. Dari segi aspek linguistik pula dianalisis bagi menjadikan sebuah ujaran atau penjelasan lebih kemas dan padat.

Inferens

Inferens pula merujuk kepada kesimpulan akhir. Inferens terbahagi kepada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Ketiga-tiga aspek ini perlu dianalisis untuk menampakkan sebuah huraian atau penjelasan mengenai teks, tulisan, ujaran dan sebagai menjadi lebih kemas, tersusun dan jelas.

Sumber : 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.



 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...