Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN-SANGGA BUANA

SUMBER INTERNET


Tema

Minuman

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar yang dipaparkan ialah iklan minuman Nescafe yang disertakan frasa ‘Bangkitkan semangat pagi dengan Nescafe’. Jika dilihat dari aspek latar masa dalam gambar tersebut, ia merupakan latar masa sewaktu matahari terbit. Hal ini dibuktikan dengan keadaan langit biru dan matahari yang mula memancarkan sinar paginya. Gambar ini menunjukkan elemen kesesuaian dari segi pemilihan latar masa yang menunjukkan suasana permulaan pagi seperti mana yang tertulis dalam gambar tersebut. 



Tema

Binatang Ternakan

Sumber

Google Image

Huraian

Elemen yang wujud dalam gambar tersebut adalah elemen kesesuaian. Hal ini dibuktikan dengan keadaan kawasan yang berlumpur iaitu sesuai dengan kawasan ternakan kerbau. Terdapat juga watak dalam gambar tersebut iaitu seorang kanak-kanak sedang menaiki badan kerbau tersebut. Kanak-kanak dalam gambar itu merupakan tuan kepada haiwan tersebut. Gambar tersebut secara tidak langsung menekankan aspek kesesuaian. 



Tema

Tempat pelancongan

Sumber

Google Image




Huraian

Dalam gambar yang dipaparkan, latar tempat yang wujud ialah Dataran Helang, Langkawi, Kedah. Dataran Helang merupakan tempat tumpuan utama yang telah menjadi satu kewajipan bagi kebanyakan pelancong yang datang. Hal ini kerana, replika burung helang tersebut merupakan mercu tanda yang menjadi daya tarikan di Pulau Langkawi. Selain itu, latar masa yang digunakan dalam gambar tersebut adalah waktu pagi seperti yang ditunjukkan iaitu adanya gugusan awan dan langit biru bagi menggambarkan suasana yang mendamaikan pada waktu pagi. Bagi watak pula, gambar tersebut menunjukkan sekumpulan pelancong yang mengambil peluang untuk bergambar dengan replika burung helang itu. Oleh itu, latar tempat, masa dan watak yang digunakan memenuhi elemen kesesuaian dalam gambar tersebut.



Tema

Suasana Hari Raya

Rujukan

Google Image 

Huraian

Berdasarkan gambar suasana hari raya yang dinyatakan tersebut menepati elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat lima orang yang masing-masing memakai baju raya yang lengkap menggambarkan suasana sambutan hari raya. Ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh setiap watak menggambarkan keriangan hari raya tersebut. Selain itu, elemen teks yang dinyatakan pada gambar tersebut adalah bersesuaian dengan tema yang merujuk kepada suasana hari raya. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut jelas menyampaikan mesej berkenaan dengan keriangan hari raya di kampung.



Tema

Poster Minuman

Rujukan

Aplikasi Instagram

Huraian

Foto di atas memenuhi elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana teks yang tertera dan gambar seseorang memegang minuman dalam gambar di atas saling berkaitan antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, foto di atas juga memenuhi elemen kesesuaian kerana poster yang ringkas dan jelas seperti ini sesuai digunakan untuk mempromosi sesuatu barangan. Hasilnya, audien mudah memahami mesej yang ingin disampaikan kerana setiap elemen yang terdapat dalam foto di atas sangat bersesuaian.



Tema

Mercu Tanda

Rujukan

Aplikasi Pinterest

Huraian

Gambar menunjukkan sebuah mercu tanda di Paris yang dipanggil “Eiffel Tower”. Ini merupakan menara yang menjadi kebanggaan rakyat di Perancis. Teks yang ditunjukkan juga memberi kesan kepada gambar kerana menjadi satu promosi kepada audien untuk melawat ke kawasan tersebut. “Paris Is Always A Good Idea” menjadi asbab kepada audien untuk mengunjungi Paris kerana ia merupakan perkara yang akan mendatangkan keseronokan sekiranya mereka datang ke sana. 



Tema 

Permainan Tradisional

Rujukan 

Google Image

Huraian 

Gambar berikut berkaitan dengan maksud permainan tradisional. Hal ini kerana, latar belakang foto tersebut berlatarbelakangkan sebuah rumah papan di kampung dan terdapat pokok-pokok di sekitar rumah tersebut serta aktiviti menarik upih oleh dua orang budak di dalam foto tersebut. Mesej yang disampaikan dalam gambar tersebut bersesuaian dengan tema yang hendak disampaikan iaitu berkaitan dengan suasana di kampung. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut adalah menepati dan memenuhi elemen kesesuaian dari segi latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terlibat.



Tema

Sukan

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar di atas menunjukkan sukan bola sepak. Latar tempat yang terlibat dalam gambar tersebut ialah padang yang berumput hijau. Watak yang ditonjolkan dalam gambar di atas ialah beberapa orang pemain sedang merebut bola dan terdapat kelompok penonton yang berada di sekitar kawasan padang tersebut. Latar tempat dan watak yang dirakam dalam gambar ini telah mempamerkan elemen kesesuaian di antara kesemua perkara yang terlibat dalam sukan bola sepak.



Tema

Sambutan Tahun Baru Cina

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan iaitu Sambutan Tahun Baru Cina di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan tentang rakyat pelbagai kaum yang bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina dengan kaum Cina. Selain itu, elemen teks yang memaparkan nama perayaan yang disambut ditambah pada gambar tersebut bersesuaian dengan keadaan dan suasana ketika sambutan yang digambarkan dalam gambar. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 



Tema

Perlumbaan

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan iaitu perlumbaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan watak seorang pelumba motosikal GP yang sedang membelok di selekoh tersebut. Grafik tersebut juga menunjukkan latar masa ketika pelumba tersebut ingin membelok. Latar tempat yang terlibat dalam gambar tersebut ialah di litar perlumbaan motosikal GP. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 


GAMBAR SENDIRI


Tema

Produk Wangian

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Gambar yang dirakam merupakan produk wangian yang dihasilkan oleh syarikat The Body Shop yang diimport dari Perancis. Wangian Atlas Mountain Rose ini mempunyai haruman seumpama kekayuan dan wangian mawar yang menyerlahkan lagi sisi elegan setiap wanita. Gambar ini telah dirakam dengan berlatarbelakangkan flora iaitu gambaran pokok-pokok sebagai latar belakang dan penggunaan bunga mawar di kiri dan kanan produk. Latar tempat yang terkandung dalam gambar ini ialah sebuah taman rekreasi yang mempunyai unsur tumbuhan. Pemilihan latar tempat, bahan rangsangan iaitu bunga dan juga pemilihan frasa ‘Elegance with Woody-Rose scent’ telah berjaya mengetengahkan elemen kesesuaian dalam gambar tersebut.



Tema

Panorama di Kampung

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Gambar tersebut bertemakan panorama di kampung. Pemandangan yang terbentang luas itu sangat cantik umpama sebuah lukisan yang begitu mempesonakan. Langit yang cerah bertemankan sungai dan sawah padi yang menghijau di kiri dan kanan jalan pula menggambarkan suasana di kampung yang sangat tenang dan mendamaikan. Oleh itu, pemilihan latar tempat tersebut memenuhi elemen kesesuaian dengan tema yang diberikan.



Tema

Persekolahan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan dengan persekolahan. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan keadaan pelajar STPM yang sedang menjawab soalan peperiksaan di dalam dewan. Selain itu, elemen teks yang memaparkan nama sekolah ditambah pada gambar tersebut bersesuaian dengan keadaan dan suasana ketika peperiksaan seperti yang digambarkan dalam gambar. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 



Tema

Pemandangan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Foto di atas bersesuaian dengan tema pemandangan. Hal ini dikatakan demikian kerana foto di atas memaparkan suasana suatu pemandangan. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sesuai kerana berkait dengan teks yang dipaparkan iaitu “Kolej Serumpun, UPM”. Oleh itu, foto ini bersesuaian kerana pemandangan dan teks berkait antara satu sama lain.



Tema

Mercu Tanda

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar menunjukkan  mercu tanda yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia. Mercu tanda tersebut termasuklah Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan “Saloma Bridge”. Ini juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia sehingga kini kerana KLCC merupakan antara menara tertinggi di dunia. Kesesuaian yang terdapat dalam gambar ini ialah latar tempat yang menunjukkan mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia.



Tema 

Taman Tema / Theme park

Rujukan 

Gambar sendiri

Huraian 

Gambar berikut menunjukkan kesesuaian dengan taman tema. Hal ini kerana, latar belakang foto menunjukkan satu latar tempat yang terdapat pokok bunga dan seni bina bangunan seperti di Taman Tema Walt Disney. Selain itu, watak yang digunakan iaitu kanak-kanak bersesuaian dengan tema tersebut kerana kanak-kanak amat menggemari taman tema. Oleh itu, gambar berikut secara keseluruhannya bersesuaian dengan tema yang dipilih iaitu taman tema.



Tema

Permainan Sukan Ragbi

Rujukan

Gambar Sendiri

Huraian

Gambar di atas, menunjukkan satu perlawanan sukan ragbi yang sedang dijalankan. Latar tempat yang dirakam dalam gambar tersebut ialah padang ragbi yang berumput hijau. Tiang gol ragbi juga turut kelihatan di dalam gambar tersebut. Kemudian, watak yang dirakam juga melibatkan beberapa orang pemain ragbi dan seorang pengadil. Maka, keadaan ini menjelaskan lagi elemen kesesuaian dalam gambar tersebut tentang permainan sukan ragbi. 



Tema

Sukan

Sumber

Gambar Sendiri

Huraian

Gambar sukan yang dipilih bertepatan dengan tema kesesuaian. Dibuktikan melalui latar masa iaitu latar masa perlawanan ragbi sedang berlangsung. Latar tempat yang wujud diterangkan melalui perlawanan itu sedang berlangsung di padang Uniten. Watak yang terlibat dalam gambar tersebut ialah pemain ragbi. Gambar ini telah menunjukkan elemen kesesuaian melalui watak, latar masa dan latar tempat yang bertepatan.



Tema

Perkahwinan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan dengan perkahwinan. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan tentang sebuah keluarga yang sedang bergambar sebagai tanda kenangan untuk masa hadapan. Selain itu, elemen teks yang memaparkan nama pengantin ditambah pada gambar tersebut bersesuaian dengan keadaan dan suasana ketika perkahwinan seperti yang digambarkan dalam gambar. Gambar tersebut dirakam di pelamin yang menjadi latar tempat dan ia bersesuaian dengan konsep perkahwinan. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 




Tema 

Suasana Pagi

Sumber 

Gambar sendiri 

Huraian 

Berdasarkan gambar di atas, dapat dilihat ia memenuhi elemen kesesuaian kerana gambar itu berkesinambungan dengan latar masa iaitu pada waktu pagi yang memperlihatkan langit yang membiru dan cahaya matahari yang mula terbit. Penggunaan teks ‘Selamat Pagi” juga berkait dengan gambar matahari terbit. Bagi aspek latar tempat pula, kawasan pantai telah dipilih agar suasana matahari terbit ini dirakam dengan lebih sempurna. Oleh itu, apabila kesemuanya saling berkaitan, maka ia memenuhi elemen kesesuaian.


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...