Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

CELIK BAHASA ISYARAT


Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka 

Berdasarkan perkongsian yang dikongsikan dalam program tersebut, pengisian program menyentuh berkenaan kepentingan mempelajari bahasa isyarat. Prof. Dr Normaliza ada menekankan kepada anak-anaknya supaya mempelajari bahasa isyarat dan juga mempraktikkan kepada anak-anaknya dengan beberapa bahasa isyarat. Prof. Dr Normaliza juga berkata bahawa mempelajari bahasa isyarat terbahagi kepada tiga keadaan iaitu belajar kerana minat, belajar kerana keperluan, dan juga belajar kerana suatu kemestian. Ketiga-tiga keadaan ini merupakan perkara yang berbeza. Prof. Dr Normaliza juga menekankan kepada semua tidak kira usia tua atau muda adalah menjadi suatu kemestian untuk mempelajari bahasa isyarat kerana perkara ini adalah suatu keperluan. Oleh hal yang demikian, berdasarkan saranan yang diutarakan Prof. Dr Normaliza, kita dituntut untuk mempelajari beberapa asas bahasa isyarat untuk memudahkan urusan kita dan juga memudahkan urusan dengan orang lain. 



No comments:

Post a Comment