PEMANDANGAN
Sumber :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nota :
Gambar yang diambil pada pemandangan yang menfokuskan kepada keseluruhan latar dan tema yang diinginkan. Pemandangan yang jelas dan cantik digambarkan dalam satu gambar menjadi aspek terpenting yang perlu ditekankan dalam mengambil gambar menggunakan teknik ini. Gambar yang menggunakan teknik ini hanya menfokuskan kepada pemandangan walaupun ada objek lain di dalam gambar tetapi ia tidak menjadi gangguan dan orang yang melihat gambar pemandangan ini tetap faham maksud yang disampaikan iaitu berkaitan dengan pemandangan.
Papan cerita Pemandangan
Gambar pemandangan tersebut diambil di sebelah Jambatan Drawbrigde, Kuala Terengganu. Gambar pemandangan pada waktu senja kelihatan tenang dan mendamaikan. Gambar tersebut dikatakan memenuhi teknik pemandangan kerana apa yang ditekankan dalam gambar tersebut dapat difahami oleh khalayak secara tuntas iaitu berkenaan dengan pemandangan walaupun terdapat objek-objek lain di dalam gambar tersebut.
Gambar pemandangan tersebut diambil di Pantai Pulau Kekabu, Terengganu. Gambar pemandangan dari darat yang menggambarkan gulungan ombak bergulung menghampiri pantai sungguh mendamaikan. Gambar tersebut dikatakan memenuhi teknik pemandangan kerana gambar pemandangan tersebut jelas memerihalkan tentang pemandangan di Pantai yang berlatarkan pemandangan bukit yang terdapat di Pulau Kapas, Terengganu.
Gambar pemandangan tersebut diambil dari atas bukit di Kampung Jenang, Terengganu. Gambar jelas menunjukkan pemandangan dari atas bukit dengan memaparkan pandangan secara jauh dan menyeluruh. Gambar tersebut dikatakan memenuhi teknik pemandangan kerana khalayak dapat memahami bahawa gambar tersebut merupakan gambar pemandangan dengan sekali imbas sahaja.
No comments:
Post a Comment