Wednesday, April 14, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI-PENDUA

PENDUA

Sumber :

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nota : 

Pendua merujuk kepada gambar yang diambil pada permukaan yang memberikan pantulan kepada objek di hadapannya. Kebiasaannya pada cermin, air atau apa sahaja yang boleh membayangkan sesuatu objek apabila mendapat pantulan cahaya.



Papan Cerita Pendua

Cermin


Gambar pendua diambil di rumah kediaman, Terengganu. Gambar menggambarkan seorang budak duduk di atas meja membelakangkan cermin. Gambar memenuhi teknik pendua kerana bayangan budak digambarkan di dalam cermin di belakangnya.


Gambar pendua diambil di rumah kediaman, Terengganu. Gambar memaparkan tangan yang diambil bersama pantulan cermin. Gambar memenuhi teknik pendua kerana bayangan tangan terdapat di dalam cermin apabila tangan berada di hadapannya.

Air


Gambar pendua yang diambil merupakan Masjid Kuala Ibai, Terengganu atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Bayangan sebuah masjid jelas terlihat di permukaan air. Gambar memenuhi teknik pendua kerana bayang jelas menunjukkan objek yang dipantulkan.


Gambar diambil di Pantai Pulau Kekabu, Terengganu. Gambar jelas menunjukkan terdapat bayangan dua orang lelaki di permukaan air. Gambar memenuhi teknik pendua kerana bayang jelas menunjukkan objek yang dipantulkan.

Bayang


Gambar tersebut diambil di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kelihatan bayang yang terbentuk disebabkan oleh pantulan cahaya matahari yang menyerupai seorang lelaki. Gambar memenuhi teknik pendua kerana bayang jelas menunjukkan objek yang dipantulkan.


Gambar pendua diambil di Sekolah Menengah Agama Marang, Terengganu. Gambar bayang yang terhasil daripada seorang lelaki jelas kelihatan. Gambar memenuhi teknik pendua kerana bayang jelas menunjukkan objek yang dipantulkan.




No comments:

Post a Comment