Wednesday, April 14, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI-SILUET

SILUET

Sumber :

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nota : 

Siluet merupakan gambar yang mengandungi objek yang lebih gelap daripada latarnya. Kebiasaannya, objek yang terdapat dalam gambar siluet berwarna tunggal atau hitam dan latarnya berwarna putih atau tiada warna. 


Papan Cerita Siluet

Tumbuhan


Gambar siluet tersebut diambil di Kampung Jenang, Terengganu. Gambar diambil pada waktu petang yang pada ketika itu cahaya matahari memainkan peranan untuk menghasilkan gambar berbentuk siluet. Gambar memenuhi teknik siluet kerana objek di dalamnya berwarna gelap manakala latarnya berwarna cerah.


Gambar siluet tersebut diambil di Kampung Jenang, Terengganu. Gambar diambil pada ketika cahaya matahari sedang terik memancar bersebelahan paya. Gambar memenuhi teknik siluet kerana objek di dalamnya berwarna gelap manakala latarnya berwarna cerah.

Manusia


Gambar siluet tersebut diambil di Pantai Peranginan Kelulut, Terengganu. Gambar memaparkan aksi tendangan sisi yang ditunjukkan oleh seorang lelaki dalam gambar berbentuk siluet. Gambar memenuhi teknik siluet kerana objek di dalamnya berwarna gelap manakala latarnya berwarna cerah.



Gambar siluet tersebut diambil di Masjid Rhu Muda, Terengganu. Gambar memaparkan seorang lelaki sedang beriktikaf di dalam masjid yang diambil secara siluet. Gambar memenuhi teknik siluet kerana objek di dalamnya berwarna gelap manakala latarnya berwarna cerah.



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...