Friday, April 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-CERITA SOSIAL

CERITA SOSIAL

Sumber:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.

JADUAL 1: Bilangan Kata

JENIS KATA

JUMLAH

Kata Kerja

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

1. pulang

2. bermain

3. mengeluarkan

4. menangis

5. mengangkat

6. berjalan

7. berdiri

8. menonton

9. menolong 

JUMLAH: 17 

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

1. menolong

2. membawa

3. membeli

4. panggil

5. melompat - lompat

6. berkongsi

7. mengasingkan

8. mengambil

9. memberikan

10. menyapu

11. memandang 

JUMLAH: 16 

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

1. bermain

2. berjalan

3. menolong

4. mengutip

5. mengemas

6. menyimpan

7. menyapu

8. memegang

9. memujuk

10. belajar 

JUMLAH: 18

Cerita Sosial 4: Hati

1. membawa

2. berkongsi

3. memberikan

4. mengemas

5. belajar

6. beritahu

7. mengusap - usap

8. memakai

9. mengajar

10. membeli 

JUMLAH: 20 

Cerita Sosial 5: Jiran

1. menangis

2. membawa

3. berkongsi

4. memberikan

5. mengemas

6. menyusun

7. membaca

8. melambai - lambai

JUMLAH: 13

JUMLAH BESAR: 84

Kata Adjektif

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

1. hairan

2. keliru

3. marah

4. sedih 

JUMLAH: 6 

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

1. sedih

2. tersenyum

3. gemar

4. baik 

JUMLAH: 14 

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

1. ketawa

2. tersenyum

3. baik

4. sayang

5. rindu

6. penyayang

7. rajin

8. sabar 

JUMLAH: 17 

Cerita Sosial 4: Hati

1. rajin

2. pandai

3. bangga

4. suka

5. baik hati

JUMLAH: 10 

Cerita Sosial 5: Jiran

1. sedih

2. gembira

3. suka

4. pemurah

5. sakit

6. kaku

7. sembuh

8. sihat 

JUMLAH: 15 

JUMLAH BESAR: 62

Kata Nama

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

1. Alim

2. nenek dan datuk

3. ibu

4. bapa

5. Kak Madinah

6. Abang Imran

7. Aisyah

8. Melaka

9. reban

10. ayam dan itik

11. kampung

12. rumah 

JUMLAH: 103 

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

1. Alim

2. ibu

3. bapa

4. Kak Madinah

5. Abang Imran

6. Aisyah

7. Sulaiman

8. jiran

9. rumah

10. buah-buahan

11. buah rambutan

12. buah manggis

13. buah duku

14. buah langsat

15. buah durian

16. pasar tani 

JUMLAH: 94 

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

1. Alim

2. ibu

3. bapa

4. Kak Madinah

5. Abang Imran

6. Aisyah

7. jiran

8. rumah

9. keluarga 

JUMLAH: 89 

Cerita Sosial 4: Hati

1. Alim

2. nenek

3. ibu

4. bapa

5. Kak Madinah

6. Abang Imran

7. Aisyah

8. guru besar

9. rakan

10. sekolah

11. jiran

12. kek cawan

13. sayur bayam 

JUMLAH: 74 

Cerita Sosial 5: Jiran

1. Alim

2. ibu

3. bapa

4. Kak Madinah

5. Abang Imran

6. Aisyah

7. Sulaiman

8. klinik

9. jiran

10. buku

JUMLAH: 78 

JUMLAH BESAR: 438

Kata Ganti Nama

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

1. mereka 

JUMLAH: 3 

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

1. dia

2. kita

3. kamu

4. -nya 

JUMLAH: 11 

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

1. dia

2. saya

3. kami

4. mereka

5.  –nya 

JUMLAH: 15 

Cerita Sosial 4: Hati

-TIADA- 

Cerita Sosial 5: Jiran

1. dia

2. saya

3. kamu

4. mereka

5.  -nya 

JUMLAH: 11

JUMLAH BESAR: 40

Kata Sendi Nama

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

1. akan

2. ke

3. di

4. untuk

5. dari

6. dalam

7. oleh

8. dengan

9. tentang

10. daripada

JUMLAH: 38 

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

1. dari

2. kepada

3. dalam

4. akan

5. ke

6. di

7. dengan

8. akan 

JUMLAH: 30 

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

1. di

2. dalam

3. ke

4. akan

5. untuk

6. kepada

7. daripada

8. dari 

JUMLAH: 35 

Cerita Sosial 4: Hati

1. ke

2. dengan

3. akan

4. di

5. untuk

6. tentang

7. dalam

8. pada

9. kepada

10. seperti

11. daripada 

JUMLAH: 38 

Cerita Sosial 5: Jiran

1. oleh

2. akan

3. pada

4. kepada

5. dengan

6. di

7. tentang

8. ke

9. dalam

JUMLAH: 24

JUMLAH BESAR: 165

Kata Arahan

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

-TIADA- 

JUMLAH: 0

Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

1. jangan 

JUMLAH: 1 

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

-TIADA- 

JUMLAH: 0 

Cerita Sosial 4: Hati

-TIADA- 

JUMLAH: 0 

Cerita Sosial 5: Jiran

-TIADA- 

JUMLAH: 0

JUMLAH BESAR: 1 

Kata Tanya

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

1. apa

2. kenapa 

JUMLAH: 2 

Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa

1. mana

2. kenapa 

JUMLAH: 2 

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

-TIADA- 

JUMLAH: 0

Cerita sosial 4: Hati

-TIADA- 

JUMLAH: 0 

Cerita Sosial 5: Jiran

1. kenapa 

JUMLAH: 1

JUMLAH BESAR: 5

 JADUAL 2: Perbandingan antara Cerita Sosial

TAJUK CERITA SOSIAL

PERBANDINGAN

Nenek dan Datuk

Tema: Kekeluargaan

Sinopsis: Cerita ini mengisahkan tentang Alim, seorang budak lelaki yang pulang ke kampung datuk dan neneknya. Alim menunjukkan pelbagai emosi sebaik sahaja tiba di kampung datuk dan nenek. Alim menangis apabila tidak melihat kelibat ayam dan itik di dalam reban, dia juga menangis apabila melihat keadaan rumah datuk dan nenek yang berlainan daripada biasa dan berasa gembira pula apabila menonton cerita kartun bersama-sama dengan abang Imran, kak Madinah dan Aisyah di televisyen. Ibu, bapa, datuk dan nenek berasa hairan dengan kelakuan Alim pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, suasana kampung yang berlainan daripada biasa merapatkan lagi ukhwah mereka sekeluarga.

Latar: Dalam cerita sosial ini, latar tempatnya adalah di kampung datuk dan nenek. Secara keseluruhannya, penceritaannya berlaku di kampung datuk dan nenek sahaja. Selain itu, latar masyarakat yang terkandung dalam cerita ini ialah latar masyarakat kampung iaitu datuk dan nenek yang tinggal di kampung. Bukan itu sahaja, latar masyarakat berkeluarga dan masyarakat yang berkasih sayang juga terkandung dalam cerita sosial ini. Bagi latar masa, hanya satu latar masa yang terdapat dalam cerita sosial ini iaitu 30 minit perjalanan. 30 minit perjalanan ini merujuk kepada perjalanan ibu, bapa, Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah ke rumah datuk dan nenek di Kajang.

Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah datuk, nenek, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah dan Alim. Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang sama.

Emosi: Emosi yang terdapat dalam cerita sosial ini adalah seperti gembira, rindu, sedih, marah, keliru dan puas hati. Kebanyakan emosi ini ditonjolkan oleh Alim.

Nilai/Pengajaran: Nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah nilai berkasih sayang dan kesabaran.

Saya yang Istimewa

Tema: Kekeluargaan

Sinopsis: Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak kecil bernama Alim yang sangat pemurah dan baik hati. Ceritanya bermula apabila bapa Alim membawa pulang pelbagai buah-buahan yang menjadi kegemaran anak-anaknya. Alim merupakan anak yang taat kepada ibu bapa dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapanya. Dia juga mempunyai sifat pemurah apabila memberikan buah-buahan yang dibawa oleh bapanya kepada Sulaiman yang merupakan jirannya. Keakraban antara Alim dan jirannya Sulaiman semakin terjalin.

 

Latar: Latar tempat yang terdapat dalam cerita sosial dua ini ialah latar di rumah ibu dan bapa yang merupakan rumah Alim dan keluarganya. Latar tempat yang kedua ialah rumah Sulaiman iaitu rumah jiran Alim. Latar ini dikenal pasti apabila Alim memberi buah-buahan kepada Sulaiman. Latar masyarakat pula ialah masyarakat yang pemurah iaitu Alim yang berkongsi buah-buahan yang dibawa oleh bapanya bersama jirannya Sulaiman. Latar masa pula ialah pada hari Ahad iaitu hari bapa Alim membawa pulang buah-buahan tersebut.

Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah Alim, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Sulaiman, dan Mak Cik Timah. Sulaiman dan Mak Cik Timah merupakan jiran kepada Alim.

Emosi: Emosi yang ditonjolkan dalam kisah ini ialah gembira, sedih, dan puas hati.

Nilai/Pengajaran: Nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang, baik hati, dan pemurah. Nilai kasih sayang dapat ditunjukkan oleh bapa Alim yang membawa buah-buahan kepada anak-anaknya. Nilai baik hati dan pemurah pula ditunjukkan oleh Alim yang berkongsi buah-buahan bersama jirannya, Sulaiman.

Keluarga

Tema: Kekeluargaan

Sinopsis: Cerita ini mengisahkan seorang budak kecil berumur 9 tahun yang bernama Alim. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai hati yang sangat baik. Alim seorang anak, adik dan abang yang sangat penyayang walaupun di usia yang masih muda. Alim berusaha untuk mengenal nama setiap ahli keluarganya. Alim juga sering membantu dalam hal- hal kerja rumah. Alim juga seorang anak yang baik dan dengar kata. Oleh sebab itu, dia sering dipuji oleh ibu dan bapa bahawa Alim seorang anak yang baik. Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah dan belajar bersabar serta rajin bekerja.

Latar: Dalam cerita sosial ini, latar tempat merupakan di dalam sebuah rumah kecil tempat di mana keluarga ini tinggal. Keseluruhan cerita berlaku di dalam rumah mereka. Selain itu, latar masyarakat yang terkandung di dalam cerita ini adalah latar masyarakat berkeluarga dan berkasih sayang di antara ahli keluarga mereka.

Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah Alim, ibu, bapa, Imran, Madinah dan Aisyah. Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang sama.

Emosi: Emosi yang rata-rata ditunjukkan adalah melalui watak Alim seperti gembira, keliru resah dan kecewa.

Nilai/Pengajaran: Nilai yang terdapat di dalam cerita sosial keluarga ini adalah sifat kasih sayang, sabar, ikhlas dan mengambil berat antara ahli keluarga dapat memupuk satu keharmonian. Selain itu, amalan saling bantu membantu antara ahli keluarga juga terdapat dalam cerita sosial ini. Nilai baik hati dan bertanggung jawab, rajin dan rasional turut dipaparkan dalam cerita ini.

Hati

Tema: Kasih sayang

Sinopsis: Cerita ini berkisahkan tentang seorang budak bernama Alim. Alim seorang yang pemurah. Alim suka berkongsi barang kepunyaannya kepada orang sekelilingnya. Pada hari lahir Alim, Alim membawa kek cawan ke sekolah untuk diberikan kepada rakan-rakannya walaupun Alim tidak faham makna hari lahir. Alim juga seorang yang mudah belajar dan pandai berdikari. Alim semakin pandai menguruskan dirinya sendiri. Apabila di sekolah, Alim diajarkan banyak perkara untuk menguruskan diri. Cikgu Anis banyak menolong Alim mempelajari beberapa perkara asas yang diperlukan Alim. Kawan-kawan Alim juga turut sama mempelajari apa yang dipelajari Alim.

Latar: Latar tempat cerita sosial ini adalah di sekolah Alim. Di sekolah, Alim belajar beberapa perkara asas kehidupan dan juga bertemu kawan-kawan. Selain itu, pasar tani yang menjadi tempat Alim dan rakan-rakannya belajar membeli sayur. Latar masyarakat bagi cerita sosial ini pula adalah masyarakat yang penyayang, masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan, dan masyarakat yang pemurah. Seterusnya, latar masa yang terkandung dalam cerita sosial ini adalah hari ini yang merupakan hari persekolahan Alim. Selain itu, semalam yang merupakan waktu ibu memberitahu tentang hari jadi Alim. Seterusnya, minggu lepas yang merupakan hari Alim dan rakan-rakannya dibawa ke pasar tani.

Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial termasuklah Alim, ibu, bapa, Kak Madinah, Abang Imran, Aisyah, Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim.

Emosi: Emosi yang terkandung dalam cerita sosial ini adalah gembira dan puas hati.

Nilai/Pengajaran: Nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini termasuklah nilai baik hati, kasih sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, menghargai, hormat menghormati, dan juga pemurah.

Jiran

Tema: Baik hati

Sinopsis: Cerita ini berkisarkan tentang seorang budak lelaki bernama Alim. Alim merupakan seorang yang baik hati. Alim mempunyai jiran bernama Sulaiman. Sulaiman merupakan kawan baik Alim dan bersekolah di sekolah yang sama dengan Alim. Alim mempunyai banyak buku cerita dan sering berkongsi buku ceritanya kepada Sulaiman. Kadang-kala, Sulaiman turut berkongsi coklat yang dibelinya bersama-sama dengan Alim. Pada suatu hari, Alim jatuh sakit akibat demam panas. Abang, kakak, adik sedih melihat keadaan Alim. Akhirnya, Alim sembuh. Alim kini boleh membaca buku cerita bersama-sama Sulaiman.

Latar: Latar tempat cerita sosial ini ialah di kawasan sekitar rumah. Alim kerap mengemas dan menyusun buku di rumahnya. Alim juga sering ke rumah Sulaiman untuk membaca buku bersama-sama. Selain itu, latar tempat dalam cerita ini adalah di klinik. Alim dihantar ke klinik berhampiran akibat demam panas. Selain itu, latar masyarakat cerita sosial ini ialah masyarakat yang baik hati, masyarakat yang penyayang, masyarakat yang bertanggungjawab dan masyarakat yang mengambil berat. Akhir sekali, latar masa yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah pada waktu petang dan malam. Pada waktu ini, Alim membaca buku cerita.

Watak: Watak yang terlibat dalam cerita sosial ini ialah Alim, Ibu, bapa, Kak Madihah, Abang Imran, Aisyah, Sulaiman dan doktor.

Emosi: Emosi yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah gembira, terharu dan sedih.

Nilai/Pengajaran: Nilai yang ditonjolkan dalam cerita sosial ini ialah baik hati, bertanggungjawab, kasih sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, yakin, kejiranan dan rasional.


JADUAL 3: Menyimpulkan Hasil Bacaan

 

KANDUNGAN DALAM CERITA SOSIAL

 

Menurut pendekatan teori analisis wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018), kandungan dianalisis melalui tema, sampel/bahan, jenis teks/tulisan dan ujaran/interaksi. Dalam kajian wacana cerita sosial ini, terdapat beberapa judul yang dianalisis iaitu “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, “Keluarga Saya”, “Hati”, dan “ Jiran”. Bagi elemen teks, cerita sosial ini merupakan satu cerita pendek. Setiap cerita ini mempunyai tema masing-masing iaitu dalam cerita “ Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, dan “Keluarga Saya”, ia bertemakan kekeluargaan, dalam cerita “Hati” pula bertemakan kemasyarakatan manakala cerita “Jiran” pula bertemakan kejiranan. Selain itu, bagi elemen sampel/bahan pula dianalisis dari segi watak yang terdapat dalam cerita tersebut seperti watak ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, abang Imran, kak Madinah, Alim, Aisyah, datuk dan nenek. Watak jiran pula terdiri daripada Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub manakala watak di sekolah pula terdiri daripada Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim. Kesemua cerita sosial ini memaparkan bentuk penceritaan dan menggunakan dialog.

 

 

KONTEKS DALAM CERITA SOSIAL

Berdasarkan konteks dalam cerita sosial, konteks terdiri daripada tiga bahagian iaitu tatabahasa, latar dan situasi. Konteks tatabahasa menunjukkan penggunaan kosa kata dan sktruktur ayat yang mudah difahami oleh pembaca. Contoh konteks tatabahasa dalam cerita sosial ialah penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. Pemilihan kosa kata yang digunakan bersesuaian dengan umur dan kanak-kanak istimewa. Cerita sosial bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak austime, disleksia, cerebral play serta apa-apa juga keistimewaan yang lain, malah sesuai untuk semua kanak-kanak yang suka dengan teks berbentuk cerita.

Selain itu, konteks latar pula menjelaskan tempat cerita ini berlaku. Contoh konteks latar yang berlaku dalam cerita-cerita sosial ini adalah di kampung nenek dan datuk, rumah ibu dan bapa, sekolah, rumah dan rumah jiran. Latar bagi setiap cerita sosial terdapat persamaan dan kelainan. Contohnya, cerita berjudul “Saya yang Istimewa” dan “Keluarga” mempunyai latar di rumah ibu dan bapa manakala cerita berjudul “Hati” terletak di sekolah, rumah ibu bapa dan jiran. Walapun kebanyakan latar terletak di rumah ibu dan bapa, namun tujuan penceritaan adalah untuk menjelaskan kekuatan hubungan kekeluargaan terhadap kanak-kanak.

Konteks situasi pula menunjukkan emosi dalam cerita sosial. Contoh emosi yang digunakan adalah seperti gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati, resah, simpati dan mengambil berat. Selain itu, terdapat persamaan dan perbezaan emosi bagi setiap cerita sosial. Cerita sosial berjudul “Nenek dan Datuk” mengandungi emosi gembira, rindu, sedih, marah, keliru dan puas hati. Contohnya emosi gembira yang terdapat dalam cerita ini adalah seperti “Alim tersenyum melihat ayam dan itik” dan “Alim ketawa bersama Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah”. Dalam kedua-dua situasi ini, Alim kelihatan gembira apabila melihat ayam dan itik dan dia juga gembira apabila bersama Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

 

 

ANALISIS DALAM CERITA SOSIAL


Keluarga saya

Pelbagai nilai telah dimuatkan dalam cerita ini. Sebagai contoh, nilai baik hati, sabar, tolong menolong, ikhlas, ambil berat, rajin, usaha, tanggungjawab dan rasional. Nilai-nilai ini ditonjolkan melalui beberapa keadaan yang wujud dalam cerita tersebut. Keadaan tersebut telah diwujudkan oleh dialog-dialog perbualan antara Alim dengan ahli keluarganya. Sebagai contoh, nilai sabar ditonjolkan dalam dialog "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini. Perlahan-lahan ya!".

Nenek dan Datuk

Nenek dan datuk merupakan fokus dalam cerita ini. Pelbagai nilai yang ditonjolkan oleh nenek dan datuk seperti kasih sayang, mengambil berat, rasional, tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati dan kekeluargaan. Selain itu, ibu dan bapa turut mempunyai nilai kekeluargaan. Cerita ini juga menunjukkan bahawa Alim mempunyai nilai sosial yang tersendiri. Bukan itu sahaja, sisi Alim yang mudah keliru dan beremosi juga ditonjolkan dalam cerita ini. Alim perlu menjadikan keluarganya sebagai rujukan agar dirinya dapat bersosial dan memahami setiap situasi.

Saya yang istimewa

Nilai sosial dalam cerita ini boleh dijadikan panduan kepada orang ramai. Sebagai contoh, nilai baik hati, ikhlas, tanggungjawab, tolong menolong dan mengambil berat. Nilai-nilai ini wujud dalam diri Alim. Cerita “Saya yang Istimewa” ini tertumpu kepada watak Alim. Penggarapan nilai tersebut dalam dirinya telah memberi kesan terhadap persekitarannya. Sebagai contoh, Alim menunjukkan nilai baik hati apabila Alim sudi berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya.

Hati

Cerita sosial ini memaparkan hubungan sosial Alim bersama-sama dengan gurunya iaitu Cikgu Anis, rakan-rakannya dan ibu. Fokus dalam cerita ini ialah pergaulan Alim bersama orang lain selain daripada keluarganya. Dalam cerita ini juga telah memaparkan watak Cikgu Anis, Alim, ibu dan rakan-rakan kelasnya. Ia juga menampilkan beberapa nilai seperti baik hati, ambil berat, ikhlas, jujur, berkongsi, berterima kasih, hormat-menghormati dan rajin. Contoh nilai rajin yang ditampilkan adalah apabila Alim menumpukan perhatian dalam kelas Cikgu Anis.

Jiran

Dalam cerita sosial ini, nilai-nilai yang diterapkan ialah baik hati, tanggungjawab, kasih sayang, rasional, ambil berat, ikhlas, jujur dan yakin. Contohnya, nilai kasih sayang yang ditunjukkan dalam cerita sosial ini apabila Alim jatuh sakit. Seluruh keluarga Alim berasa sedih dan menangis kerana Alim sakit. Nilai sosial yang ditunjuk dalam cerita sosial ini boleh membantu Alim memahami situasi sekeliling dan setiap keadaan yang akan ditempuhinya.













No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...