Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya. Sebagai permulaan, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya supaya anda semua yang melawat blog ini dapat mengenali saya secara lebih dekat lagi. Sudah menjadi kebiasaan insani, ceritera insan mempunyai pelbagai citranya. Citranya saja yang beraneka warna namun tidak ceriteranya. Semoga perkenalan diri saya menarik minat pembaca untuk lebih mengenali saya.

Nama diberi Ahmad Fahimi bin Omar. Nama yang biasa menjadi panggilan ialah Fahimi. Saya berumur 22 tahun dan merupakan pelajar tahun dua di Universiti Putra Malaysia yang bernombor matrik 203934. Saya berasal dan dibesarkan di Kuala Terengganu. Saya dilahirkan di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu dan merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik. 

Latar belakang pendidikan saya bermula pada usia 5 tahun iaitu bersekolah di Tadika Kemas Bandar Marang. Pendidikan peringkat sekolah rendah saya berakhir di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Terengganu manakala pada peringkat SPM pula berakhir di Sekolah Menengah Agama Marang, Terengganu. Sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat STPM di Sekolah Menengah Tengku Lela Segara, Terengganu. Alhamdulillah, keputusan STPM yang saya perolehi membolehkan saya untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama di Universiti Putra Malaysia.

Sebelum melanjutkan pelajaran, saya pernah berkerja di kilang membuat keropok dan juga pernah membantu sepupu saya menjadi buruh binaan. Niat saya pada ketika bekerja sambilan itu hanyalah untuk mencari pengalaman dan juga mencari pendapatan sampingan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. 

Ibu dan bapa saya juga berasal dari Terengganu. Ibu saya bernama Latipah binti Ramli. Ibu saya berumur 61 tahun dan merupakan bekas guru Tadika Kemas. Bapa saya pula bernama Omar bin Ali. Bapa saya berumur 63 tahun dan merupakan bekas pengurus Felda Cherol, Kemaman. 

Sekian sahaja serba sedikit tentang diri saya. Semoga apa yang saya kongsikan membolehkan anda semua tahu tentang diri saya. 

AHMAD FAHIMI BIN OMAR (203934)



2 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...