Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

  • Mudah 

Elemen mudah merujuk kepada kemampuan seseorang memahami sesuatu mesej yang ditunjukkan di dalam gambar atau video. Elemen mudah menekankan kejelasan mesej yang diberikan dalam bentuk grafik boleh difahami dengan jelas oleh pembacanya. 

  • Warna 

Elemen warna merujuk kepada kombinasi warna yang membentuk sebuah grafik dalam suatu gambar atau video. Kombinasi warna dalam sesebuah grafik adalah tidak lebih daripada tiga warna. Tetapi, tidak menjadi kesalahan sekiranya sesebuah grafik dibentuk dengan melebihi tiga warna atau lebih. Namun, ia perlulah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan dalam gambar atau video tersebut.

  • Teks

Elemen teks merupakan elemen yang penting dalam mempersembahkan sesuatu mesej. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan jenis dan saiz font perlulah sesuai dengan tema dan bentuk mesej yang hendak disampaikan supaya mesej yang diberikan kepada khalayak dapat difahami dengan jelas. Sekiranya teks yang dipaparkan pada grafik menggunakan jenis atau saiz font yang tidak sesuai dengan mesej, maka mesej tidak dapat ditafsir oleh pembaca dengan baik. Selain daripada saiz dan jenis font, pemilihan warna pada font perlu dititikberatkan untuk memudahkan pembaca memahaminya.

  • Kesesuaian

Kesesuaian merujuk kepada penghasilan grafik yang menepati atau bersesuaian dengan latar dan mesej yang ingin disampaikan. Jika latar berbeza dengan grafik, maka perkara ini akan menyukarkan pembaca memahami mesej yang hendak disampaikan.

  • Keseimbangan

Keseimbangan pula menekankan ruang yang seimbang dalam gambar atau video. Keseimbangan merangkumi objek atau grafik disunting yang terdapat dalam gambar untuk menampakkan gambar yang diambil menjadi seimbang. Keseimbangan merujuk kepada ruang kosong yang terdapat pada sisi kiri dan kanan serta atas dan bawah. Perkara ini ditekankan agar grafik yang dihasilkan atau gambar yang diambil dan disunting menjadi seimbang dan kemas

Sumber :

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.




 

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)


PRA-ANDAIAN

1.       Intuisi

2.       Konteks

·         Penerimaan/ penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

EMOSI

1.       Positif

2.       Negatif

3.       Emosi bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

NILAI DAN BUDAYA

1.       Diri

2.       Masyarakat

3.       Adat

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

1.       Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

2.       Formal/ tidak formal

3.       Kesalahan bahasa

4.       Linguistik


INFERENS

1.       Rumus keseluruhan

2.       Rumusan topik perbincangan

3.       Penutup kata



Pra-andaian

Pra-andaian merupakan perkara yang perlu ditekankan sebelum memulakan sesuatu hujah atau tindakan. Pra-andaian dikelaskan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Aspek intuisi merujuk kepada gerak hati iaitu kebolehan seseorang untuk memahami akan sesuatu perkara tanpa perlu berfikir secara rasional. Aspek konteks pula menjurus kepada penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Emosi

Emosi merujuk kepada gerak hati yang wujud pada setiap manusia apabila berlakunya rangsangan sama ada dari dalam atau dari luar diri. Emosi dipecahkan kepada tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Setiap apa yang ditunjukkan oleh emosi terpapar melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar.

Nilai dan budaya

Nilai dan budaya dilihat dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam rajah Pendekatan Analisis Wacana juga perlu dititikberatkan sebelum memulakan hujah atau tindakan. Contohnya, nilai kasih sayang, baik hati, jujur dan sebagainya.

Bahasa

Bahasa pula merupakan elemen yang penting dalam sesebuah wacana. Bahasa merujuk kepada bahasa pertama/ kedua/ ketiga dan sebagainya. Seterusnya, bahasa juga dinilai pada sudut bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan bahasa juga turut ditekankan untuk menjadikan sebuah penulisan atau ujaran menjadi lebih tersusun. Dari segi aspek linguistik pula dianalisis bagi menjadikan sebuah ujaran atau penjelasan lebih kemas dan padat.

Inferens

Inferens pula merujuk kepada kesimpulan akhir. Inferens terbahagi kepada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Ketiga-tiga aspek ini perlu dianalisis untuk menampakkan sebuah huraian atau penjelasan mengenai teks, tulisan, ujaran dan sebagai menjadi lebih kemas, tersusun dan jelas.

Sumber : 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.



 


Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk

Watak

Alim

Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

Nenek

Nenek memujuk Alim.

Datuk

Datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.

Ibu

Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta

Bapa

Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta

Abang Imran

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

Kak Madinah

Kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk.

Aisyah

Alim ketawa bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.


Latar Tempat

Kampung nenek dan datuk

Alim mempunyai dua orang nenek dan dua orang datuk. Nenek dan Datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang. Nenek dan datuk sebelah bapa Alim tinggal di Melaka.

Dalam kereta

Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai. Alim terus keluar dan mencari cari ayam dan itik.

Reban ayam dan itik

Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

Ruang tamu

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

Dapur

Kelihatan di dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

Rumah datuk dan nenek

Abang Imran dan Kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk.

   

Latar Masa

Setelah 30 minit perjalanan

Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai. Alim terus keluar dan mencari cari ayam dan itik.


 
Latar Masyarakat

Masyarakat kampung

Alim akan ke pulang ke kampung nenek dan datuk di kajang

Masyarakat berkasih sayang

Nenek memujuk Halim

Masyarakat yang cinta akan binatang

Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung


Emosi Positif

Kasih sayang

Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim

Gembira

Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah

Teruja

Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung.

Tolong-menolong

Datuk dan nenek cuba menolong Alim


Emosi Negatif

Kecewa

Alim sedih, Alim marah, Alim menangis, Alim tidak tahu mengapa ayam dan itik tiada di kampung.

Sedih

Alim sangkakan rumah datuk dan nenek tiada.

 Sumber : 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.





BBM3410-2021-MINGGU 1A

Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya. Sebagai permulaan, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya supaya anda semua yang melawat blog ini dapat mengenali saya secara lebih dekat lagi. Sudah menjadi kebiasaan insani, ceritera insan mempunyai pelbagai citranya. Citranya saja yang beraneka warna namun tidak ceriteranya. Semoga perkenalan diri saya menarik minat pembaca untuk lebih mengenali saya.

Nama diberi Ahmad Fahimi bin Omar. Nama yang biasa menjadi panggilan ialah Fahimi. Saya berumur 22 tahun dan merupakan pelajar tahun dua di Universiti Putra Malaysia yang bernombor matrik 203934. Saya berasal dan dibesarkan di Kuala Terengganu. Saya dilahirkan di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu dan merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik. 

Latar belakang pendidikan saya bermula pada usia 5 tahun iaitu bersekolah di Tadika Kemas Bandar Marang. Pendidikan peringkat sekolah rendah saya berakhir di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Terengganu manakala pada peringkat SPM pula berakhir di Sekolah Menengah Agama Marang, Terengganu. Sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat STPM di Sekolah Menengah Tengku Lela Segara, Terengganu. Alhamdulillah, keputusan STPM yang saya perolehi membolehkan saya untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama di Universiti Putra Malaysia.

Sebelum melanjutkan pelajaran, saya pernah berkerja di kilang membuat keropok dan juga pernah membantu sepupu saya menjadi buruh binaan. Niat saya pada ketika bekerja sambilan itu hanyalah untuk mencari pengalaman dan juga mencari pendapatan sampingan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. 

Ibu dan bapa saya juga berasal dari Terengganu. Ibu saya bernama Latipah binti Ramli. Ibu saya berumur 61 tahun dan merupakan bekas guru Tadika Kemas. Bapa saya pula bernama Omar bin Ali. Bapa saya berumur 63 tahun dan merupakan bekas pengurus Felda Cherol, Kemaman. 

Sekian sahaja serba sedikit tentang diri saya. Semoga apa yang saya kongsikan membolehkan anda semua tahu tentang diri saya. 

AHMAD FAHIMI BIN OMAR (203934)



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...