Pendekatan Analisis
Wacana (Normaliza Abd Rahim,
2018) |
PRA-ANDAIAN 1.
Intuisi 2.
Konteks
|
EMOSI 1.
Positif 2.
Negatif 3.
Emosi bercampur
|
NILAI DAN BUDAYA 1.
Diri 2.
Masyarakat 3.
Adat
|
BAHASA 1.
Bahasa pertama/
kedua/ ketiga 2.
Formal/ tidak
formal 3.
Kesalahan
bahasa 4.
Linguistik |
INFERENS 1.
Rumus keseluruhan 2.
Rumusan topik
perbincangan 3.
Penutup kata |
Pra-andaian
Pra-andaian merupakan perkara yang perlu
ditekankan sebelum memulakan sesuatu hujah atau tindakan. Pra-andaian
dikelaskan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Aspek intuisi
merujuk kepada gerak hati iaitu kebolehan seseorang untuk memahami akan sesuatu
perkara tanpa perlu berfikir secara rasional. Aspek konteks pula menjurus
kepada penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan,
kekaburan dan penegasan.
Emosi
Emosi merujuk kepada gerak hati yang wujud
pada setiap manusia apabila berlakunya rangsangan sama ada dari dalam atau dari
luar diri. Emosi dipecahkan kepada tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif
dan emosi bercampur. Setiap apa yang ditunjukkan oleh emosi terpapar melalui
perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar.
Nilai dan budaya
Nilai dan budaya dilihat dari aspek diri,
masyarakat dan adat. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam rajah Pendekatan
Analisis Wacana juga perlu dititikberatkan sebelum memulakan hujah atau
tindakan. Contohnya, nilai kasih sayang, baik hati, jujur dan sebagainya.
Bahasa
Bahasa pula merupakan elemen yang penting
dalam sesebuah wacana. Bahasa merujuk kepada bahasa pertama/ kedua/ ketiga dan
sebagainya. Seterusnya, bahasa juga dinilai pada sudut bahasa formal dan bahasa
tidak formal. Kesalahan bahasa juga turut ditekankan untuk menjadikan sebuah
penulisan atau ujaran menjadi lebih tersusun. Dari segi aspek linguistik pula
dianalisis bagi menjadikan sebuah ujaran atau penjelasan lebih kemas dan padat.
Inferens
Inferens pula merujuk kepada kesimpulan
akhir. Inferens terbahagi kepada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan
topik perbincangan dan penutup kata. Ketiga-tiga aspek ini perlu dianalisis
untuk menampakkan sebuah huraian atau penjelasan mengenai teks, tulisan, ujaran
dan sebagai menjadi lebih kemas, tersusun dan jelas.
No comments:
Post a Comment