Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

  • Mudah 

Elemen mudah merujuk kepada kemampuan seseorang memahami sesuatu mesej yang ditunjukkan di dalam gambar atau video. Elemen mudah menekankan kejelasan mesej yang diberikan dalam bentuk grafik boleh difahami dengan jelas oleh pembacanya. 

  • Warna 

Elemen warna merujuk kepada kombinasi warna yang membentuk sebuah grafik dalam suatu gambar atau video. Kombinasi warna dalam sesebuah grafik adalah tidak lebih daripada tiga warna. Tetapi, tidak menjadi kesalahan sekiranya sesebuah grafik dibentuk dengan melebihi tiga warna atau lebih. Namun, ia perlulah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan dalam gambar atau video tersebut.

  • Teks

Elemen teks merupakan elemen yang penting dalam mempersembahkan sesuatu mesej. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan jenis dan saiz font perlulah sesuai dengan tema dan bentuk mesej yang hendak disampaikan supaya mesej yang diberikan kepada khalayak dapat difahami dengan jelas. Sekiranya teks yang dipaparkan pada grafik menggunakan jenis atau saiz font yang tidak sesuai dengan mesej, maka mesej tidak dapat ditafsir oleh pembaca dengan baik. Selain daripada saiz dan jenis font, pemilihan warna pada font perlu dititikberatkan untuk memudahkan pembaca memahaminya.

  • Kesesuaian

Kesesuaian merujuk kepada penghasilan grafik yang menepati atau bersesuaian dengan latar dan mesej yang ingin disampaikan. Jika latar berbeza dengan grafik, maka perkara ini akan menyukarkan pembaca memahami mesej yang hendak disampaikan.

  • Keseimbangan

Keseimbangan pula menekankan ruang yang seimbang dalam gambar atau video. Keseimbangan merangkumi objek atau grafik disunting yang terdapat dalam gambar untuk menampakkan gambar yang diambil menjadi seimbang. Keseimbangan merujuk kepada ruang kosong yang terdapat pada sisi kiri dan kanan serta atas dan bawah. Perkara ini ditekankan agar grafik yang dihasilkan atau gambar yang diambil dan disunting menjadi seimbang dan kemas

Sumber :

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.




 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...