Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Sumber : 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Alim yang merupakan seorang budak berumur 9 tahun dan boleh dikatakan seorang yang istimewa. Hal ini dikatakan demikian kerana, sifatnya yang amat disenangi oleh orang sekelilingnya terutama keluarga dan jiran tetangganya membuatkan dirinya istimewa. Sifatnya tidak kedekut dan suka berkongsi barang kepunyaannya kepada orang lain membuatkan orang lain suka akan dirinya. Perkara ini dijelaskan dalam cerita sosial 2 ini iaitu buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah duku dan sebagainya yang dibeli oleh bapa bersama Alim di Pasar tani dikongsikan bersama ahli keluarganya lalu Alim meminta izin daripada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan yang dibeli bapanya itu kepada Sulaiman yang merupakan kawan baik dan juga jirannya. Ibu Alim amat menyenangi akan sifat yang dimiliki oleh Alim yang boleh dikatakan sebagai seorang yang pemurah dan tidak kedekut walaupun perkara yang ingin dikongsikan kepada orang itu merupakan perkara yang amat dia suka. Perkara ini dijelaskan oleh Alim dalam cerita sosial 2 ini, Alim menjelaskan bahawa dia sentiasa berpegang kepada pesanan ibu dan bapanya yang sentiasa berpesan kepadanya untuk menanamkan sifat yang pemurah iaitu suka berkongsi barang atau makanan yang disukainya itu merupakan satu perbuatan yang baik. Selain itu, Alim juga faham bahawa sifat suka berkongsi barang dengan orang lain itu merupakan sifat yang baik dan Alim juga faham bahawa adik beradiknya yang lain juga tidak kedekut serta suka berkongsi barang dengan orang. Daripada pernyataan itu, dapat kita simpulkan bahawa sifat yang sedemikian yang dimiliki oleh Alim membuatkan orang sekelilingnya amat suka dan menyenanginya.

            Seterusnya, Alim juga mempunyai sifat ringan tulang. Alim tidak malas dan suka membantu ahli keluarganya yang lain dalam melakukan perkara-perkara yang memerlukan bantuannya. Contohnya seperti yang diterangkan dalam cerita sosial 2 ini iaitu Alim membantu abang Imran, Kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Setelah itu, membuang sampah kulit buah-buahan yang dimakannya tadi ke dalam tong sampah besar di luar rumahnya. Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah sifat yang dimiliki oleh Alim yang menjadikan dirinya itu istimewa dan disukai oleh orang lain. Sifatnya yang menyenangkan hati dan juga urusan orang lain serta tidak menyusahkan orang sekelilingnya amat ditekankan dalam cerita sosial 2 ini.

Kemudian, Alim juga memiliki sifat yang mudah mesra dengan orang dan tidak sombong. Perkara ini juga dijelaskan dalam cerita sosial 2 ini iaitu Alim suka Sulaiman dan suka berkawan dengan Sulaiman. Alim juga menjelaskan kepada ibu Sulaiman yang ibunya juga sering berpesan kepadanya bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik dan juga selalu memuji keluarga Sulaiman iaitu mengatakan bahawa keluarga Sulaiman merupakan orang yang baik serta ibu Alim juga sentiasa menekankan kepadanya bahawa pentingnya menjaga hubungan baik dengan jiran.. Setelah mendengar penjelasan oleh Alim, ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah berasa gembira dengan sifat Alim kerana sudi berkawan dengan Sulaiman.

Kesimpulannya, hasil didikan yang baik diterapkan dalam diri Alim oleh ibu dan bapanya menjadikan keperibadian Alim mudah disenangi oleh orang lain dengan sifatnya yang baik, tidak kedekut dan suka menolong orang sekelilingnya. Perkara ini yang membuatkan diri Alim seorang yang istimewa dan patut dicontohi setiap kebaikan yang dilakukan oleh Alim.

 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

BIODATA DIRI CERITA SOSIAL 1 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK ASAS GRAFIK MUDAH ASAS GRAFIK WARNA ASAS GRAFIK TEKS ASAS GR...