CERITA SOSIAL
Sumber:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.
JADUAL 1: Bilangan Kata
| 
   JENIS
  KATA  | 
  
   JUMLAH  | 
 
| 
   Kata
  Kerja   | 
  
   Cerita Sosial
  1:
  Nenek dan Datuk  1. pulang  2. bermain  3. mengeluarkan  4. menangis  5. mengangkat  6. berjalan  7. berdiri  8. menonton  9. menolong JUMLAH: 17 Cerita
  Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. menolong  2. membawa  3. membeli  4. panggil  5. melompat - lompat  6. berkongsi  7. mengasingkan  8. mengambil  9. memberikan  10. menyapu  11. memandang JUMLAH: 16 Cerita
  Sosial 3:
  Keluarga Saya 1. bermain  2. berjalan  3. menolong  4. mengutip  5. mengemas  6. menyimpan  7. menyapu  8. memegang  9. memujuk  10. belajar JUMLAH: 18 Cerita Sosial
  4: Hati 1. membawa  2. berkongsi  3. memberikan  4. mengemas  5. belajar  6. beritahu  7. mengusap - usap  8. memakai  9. mengajar  10. membeli JUMLAH: 20 Cerita
  Sosial 5: Jiran 1. menangis  2. membawa  3. berkongsi 4. memberikan  5. mengemas  6. menyusun  7. membaca  8. melambai - lambai JUMLAH: 13 JUMLAH BESAR: 84  | 
 
| 
   Kata
  Adjektif  | 
  
   Cerita Sosial
  1: Nenek dan Datuk 1. hairan  2. keliru  3. marah  4. sedih JUMLAH: 6 Cerita
  Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. sedih 2. tersenyum  3. gemar 4. baik JUMLAH: 14 Cerita
  Sosial 3: Keluarga Saya 1. ketawa 2. tersenyum  3. baik  4. sayang 5. rindu 6. penyayang 7. rajin 8. sabar JUMLAH: 17 Cerita
  Sosial 4: Hati 1. rajin 2. pandai 3. bangga 4. suka 5. baik hati JUMLAH: 10 Cerita
  Sosial 5: Jiran 1. sedih 2. gembira 3. suka 4. pemurah 5. sakit 6. kaku 7. sembuh 8. sihat JUMLAH: 15 JUMLAH BESAR: 62  | 
 
| 
   Kata
  Nama  | 
  
   Cerita Sosial
  1: Nenek dan Datuk 1. Alim 2. nenek dan datuk 3. ibu 4. bapa 5. Kak Madinah 6. Abang Imran 7. Aisyah 8. Melaka 9. reban 10. ayam dan itik 11. kampung 12. rumah JUMLAH: 103 Cerita
  Sosial 2:
  Saya yang Istimewa 1. Alim 2. ibu 3. bapa 4. Kak Madinah  5. Abang Imran 6. Aisyah 7. Sulaiman 8. jiran 9. rumah 10. buah-buahan 11. buah rambutan 12. buah manggis 13. buah duku 14. buah langsat 15. buah durian 16. pasar tani JUMLAH: 94 Cerita
  Sosial 3: Keluarga Saya 1. Alim 2. ibu 3. bapa 4. Kak Madinah 5. Abang Imran 6. Aisyah 7. jiran 8. rumah  9. keluarga JUMLAH: 89 Cerita
  Sosial 4: Hati 1. Alim 2. nenek 3. ibu 4. bapa 5. Kak Madinah 6. Abang Imran 7. Aisyah 8. guru besar 9. rakan 10. sekolah 11. jiran 12. kek cawan 13. sayur bayam JUMLAH: 74 Cerita
  Sosial 5: Jiran 1. Alim 2. ibu 3. bapa 4. Kak Madinah 5. Abang Imran 6. Aisyah 7. Sulaiman 8. klinik 9. jiran 10. buku JUMLAH: 78 JUMLAH BESAR: 438  | 
 
| 
   Kata
  Ganti Nama  | 
  
   Cerita Sosial
  1: Nenek dan Datuk 1. mereka JUMLAH: 3 Cerita
  Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. dia 2. kita 3. kamu 4. -nya JUMLAH: 11 Cerita
  Sosial 3: Keluarga Saya 1. dia 2. saya 3. kami 4. mereka 5. –nya JUMLAH: 15 Cerita
  Sosial 4: Hati -TIADA- Cerita
  Sosial 5: Jiran 1. dia 2. saya 3. kamu 4. mereka 5. -nya JUMLAH: 11 JUMLAH BESAR: 40  | 
 
| 
   Kata
  Sendi Nama  | 
  
   Cerita Sosial
  1: Nenek dan Datuk  1. akan 2. ke 3. di 4. untuk 5. dari 6. dalam 7. oleh 8. dengan 9. tentang 10. daripada JUMLAH: 38 Cerita
  Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. dari 2. kepada 3. dalam 4. akan 5. ke 6. di 7. dengan 8. akan JUMLAH: 30 Cerita
  Sosial 3: Keluarga Saya 1. di 2. dalam 3. ke 4. akan 5. untuk 6. kepada 7. daripada 8. dari JUMLAH: 35 Cerita Sosial
  4: Hati 1. ke 2. dengan 3. akan 4. di 5. untuk 6. tentang 7. dalam 8. pada 9. kepada 10. seperti 11. daripada JUMLAH: 38 Cerita Sosial
  5: Jiran 1. oleh 2. akan 3. pada 4. kepada 5. dengan 6. di 7. tentang 8. ke 9. dalam JUMLAH: 24 JUMLAH BESAR: 165  | 
 
| 
   Kata
  Arahan  | 
  
   Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk  -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa 1. jangan JUMLAH: 1 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 4: Hati -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 5: Jiran -TIADA- JUMLAH: 0 JUMLAH BESAR: 1  | 
 
| 
   Kata
  Tanya  | 
  
   Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 1. apa 2. kenapa JUMLAH: 2 Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa 1. mana 2. kenapa JUMLAH: 2 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita sosial 4: Hati -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 5: Jiran 1. kenapa JUMLAH: 1 JUMLAH BESAR: 5  | 
 
| 
   TAJUK
  CERITA SOSIAL  | 
  
   PERBANDINGAN
    | 
 
| 
   Nenek
  dan Datuk  | 
  
   Tema: Kekeluargaan Sinopsis: Cerita ini mengisahkan tentang Alim, seorang budak lelaki yang pulang ke kampung datuk dan neneknya. Alim menunjukkan pelbagai emosi sebaik sahaja tiba di kampung datuk dan nenek. Alim menangis apabila tidak melihat kelibat ayam dan itik di dalam reban, dia juga menangis apabila melihat keadaan rumah datuk dan nenek yang berlainan daripada biasa dan berasa gembira pula apabila menonton cerita kartun bersama-sama dengan abang Imran, kak Madinah dan Aisyah di televisyen. Ibu, bapa, datuk dan nenek berasa hairan dengan kelakuan Alim pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, suasana kampung yang berlainan daripada biasa merapatkan lagi ukhwah mereka sekeluarga. Latar: Dalam cerita sosial ini, latar tempatnya adalah di kampung datuk dan nenek. Secara keseluruhannya, penceritaannya berlaku di kampung datuk dan nenek sahaja. Selain itu, latar masyarakat yang terkandung dalam cerita ini ialah latar masyarakat kampung iaitu datuk dan nenek yang tinggal di kampung. Bukan itu sahaja, latar masyarakat berkeluarga dan masyarakat yang berkasih sayang juga terkandung dalam cerita sosial ini. Bagi latar masa, hanya satu latar masa yang terdapat dalam cerita sosial ini iaitu 30 minit perjalanan. 30 minit perjalanan ini merujuk kepada perjalanan ibu, bapa, Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah ke rumah datuk dan nenek di Kajang. Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah datuk, nenek, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah dan Alim. Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang sama. Emosi: Emosi yang terdapat dalam cerita sosial ini adalah seperti gembira, rindu, sedih, marah, keliru dan puas hati. Kebanyakan emosi ini ditonjolkan oleh Alim. Nilai/Pengajaran:
  Nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah nilai berkasih sayang dan
  kesabaran.  | 
 
| 
   Saya
  yang Istimewa  | 
  
   Tema: Kekeluargaan Sinopsis:
  Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak kecil bernama Alim yang sangat
  pemurah dan baik hati. Ceritanya bermula apabila bapa Alim membawa pulang
  pelbagai buah-buahan yang menjadi kegemaran anak-anaknya. Alim merupakan anak
  yang taat kepada ibu bapa dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapanya. Dia
  juga mempunyai sifat pemurah apabila memberikan buah-buahan yang dibawa oleh
  bapanya kepada Sulaiman yang merupakan jirannya. Keakraban antara Alim dan
  jirannya Sulaiman semakin terjalin.  Latar: Latar tempat yang terdapat dalam cerita sosial dua ini ialah latar di rumah ibu dan bapa yang merupakan rumah Alim dan keluarganya. Latar tempat yang kedua ialah rumah Sulaiman iaitu rumah jiran Alim. Latar ini dikenal pasti apabila Alim memberi buah-buahan kepada Sulaiman. Latar masyarakat pula ialah masyarakat yang pemurah iaitu Alim yang berkongsi buah-buahan yang dibawa oleh bapanya bersama jirannya Sulaiman. Latar masa pula ialah pada hari Ahad iaitu hari bapa Alim membawa pulang buah-buahan tersebut. Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah Alim, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Sulaiman, dan Mak Cik Timah. Sulaiman dan Mak Cik Timah merupakan jiran kepada Alim. Emosi: Emosi yang ditonjolkan dalam kisah ini ialah gembira, sedih, dan puas hati. Nilai/Pengajaran: Nilai
  yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang, baik hati, dan
  pemurah. Nilai kasih sayang dapat ditunjukkan oleh bapa Alim yang membawa
  buah-buahan kepada anak-anaknya. Nilai baik hati dan pemurah pula ditunjukkan
  oleh Alim yang berkongsi buah-buahan bersama jirannya, Sulaiman.  | 
 
| 
   Keluarga  | 
  
   Tema: Kekeluargaan Sinopsis: Cerita ini mengisahkan seorang budak kecil berumur 9 tahun yang bernama Alim. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai hati yang sangat baik. Alim seorang anak, adik dan abang yang sangat penyayang walaupun di usia yang masih muda. Alim berusaha untuk mengenal nama setiap ahli keluarganya. Alim juga sering membantu dalam hal- hal kerja rumah. Alim juga seorang anak yang baik dan dengar kata. Oleh sebab itu, dia sering dipuji oleh ibu dan bapa bahawa Alim seorang anak yang baik. Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah dan belajar bersabar serta rajin bekerja. Latar: Dalam cerita sosial ini, latar tempat merupakan di dalam sebuah rumah kecil tempat di mana keluarga ini tinggal. Keseluruhan cerita berlaku di dalam rumah mereka. Selain itu, latar masyarakat yang terkandung di dalam cerita ini adalah latar masyarakat berkeluarga dan berkasih sayang di antara ahli keluarga mereka. Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah Alim, ibu, bapa, Imran, Madinah dan Aisyah. Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang sama. Emosi: Emosi yang rata-rata ditunjukkan adalah melalui watak Alim seperti gembira, keliru resah dan kecewa. Nilai/Pengajaran: Nilai
  yang terdapat di dalam cerita sosial keluarga ini adalah sifat kasih sayang,
  sabar, ikhlas dan mengambil berat antara ahli keluarga dapat memupuk satu keharmonian.
  Selain itu, amalan saling bantu membantu antara ahli keluarga juga terdapat
  dalam cerita sosial ini. Nilai baik hati dan bertanggung jawab, rajin dan
  rasional turut dipaparkan dalam cerita ini.  | 
 
| 
   Hati  | 
  
   Tema: Kasih sayang Sinopsis: Cerita ini berkisahkan tentang seorang budak bernama Alim. Alim seorang yang pemurah. Alim suka berkongsi barang kepunyaannya kepada orang sekelilingnya. Pada hari lahir Alim, Alim membawa kek cawan ke sekolah untuk diberikan kepada rakan-rakannya walaupun Alim tidak faham makna hari lahir. Alim juga seorang yang mudah belajar dan pandai berdikari. Alim semakin pandai menguruskan dirinya sendiri. Apabila di sekolah, Alim diajarkan banyak perkara untuk menguruskan diri. Cikgu Anis banyak menolong Alim mempelajari beberapa perkara asas yang diperlukan Alim. Kawan-kawan Alim juga turut sama mempelajari apa yang dipelajari Alim. Latar: Latar tempat cerita sosial ini adalah di sekolah Alim. Di sekolah, Alim belajar beberapa perkara asas kehidupan dan juga bertemu kawan-kawan. Selain itu, pasar tani yang menjadi tempat Alim dan rakan-rakannya belajar membeli sayur. Latar masyarakat bagi cerita sosial ini pula adalah masyarakat yang penyayang, masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan, dan masyarakat yang pemurah. Seterusnya, latar masa yang terkandung dalam cerita sosial ini adalah hari ini yang merupakan hari persekolahan Alim. Selain itu, semalam yang merupakan waktu ibu memberitahu tentang hari jadi Alim. Seterusnya, minggu lepas yang merupakan hari Alim dan rakan-rakannya dibawa ke pasar tani. Watak: Watak yang terdapat dalam cerita sosial termasuklah Alim, ibu, bapa, Kak Madinah, Abang Imran, Aisyah, Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim. Emosi: Emosi yang terkandung dalam cerita sosial ini adalah gembira dan puas hati. Nilai/Pengajaran: Nilai
  yang terdapat dalam cerita sosial ini termasuklah nilai baik hati, kasih
  sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, menghargai, hormat menghormati, dan juga
  pemurah.  | 
 
| 
   Jiran  | 
  
   Tema: Baik hati Sinopsis: Cerita ini berkisarkan tentang seorang budak lelaki bernama Alim. Alim merupakan seorang yang baik hati. Alim mempunyai jiran bernama Sulaiman. Sulaiman merupakan kawan baik Alim dan bersekolah di sekolah yang sama dengan Alim. Alim mempunyai banyak buku cerita dan sering berkongsi buku ceritanya kepada Sulaiman. Kadang-kala, Sulaiman turut berkongsi coklat yang dibelinya bersama-sama dengan Alim. Pada suatu hari, Alim jatuh sakit akibat demam panas. Abang, kakak, adik sedih melihat keadaan Alim. Akhirnya, Alim sembuh. Alim kini boleh membaca buku cerita bersama-sama Sulaiman. Latar: Latar tempat cerita sosial ini ialah di kawasan sekitar rumah. Alim kerap mengemas dan menyusun buku di rumahnya. Alim juga sering ke rumah Sulaiman untuk membaca buku bersama-sama. Selain itu, latar tempat dalam cerita ini adalah di klinik. Alim dihantar ke klinik berhampiran akibat demam panas. Selain itu, latar masyarakat cerita sosial ini ialah masyarakat yang baik hati, masyarakat yang penyayang, masyarakat yang bertanggungjawab dan masyarakat yang mengambil berat. Akhir sekali, latar masa yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah pada waktu petang dan malam. Pada waktu ini, Alim membaca buku cerita. Watak: Watak yang terlibat dalam cerita sosial ini ialah Alim, Ibu, bapa, Kak Madihah, Abang Imran, Aisyah, Sulaiman dan doktor. Emosi: Emosi yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah gembira, terharu dan sedih. Nilai/Pengajaran:
  Nilai yang ditonjolkan dalam cerita sosial ini ialah baik hati,
  bertanggungjawab, kasih sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, yakin, kejiranan
  dan rasional.  | 
 
JADUAL 3: Menyimpulkan Hasil Bacaan
| 
   KANDUNGAN
  DALAM CERITA SOSIAL   | 
  
   Menurut
  pendekatan teori analisis wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018), kandungan dianalisis
  melalui tema, sampel/bahan, jenis teks/tulisan dan ujaran/interaksi. Dalam
  kajian wacana cerita sosial ini, terdapat beberapa judul yang dianalisis
  iaitu “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, “Keluarga Saya”, “Hati”, dan “
  Jiran”. Bagi elemen teks, cerita sosial ini merupakan satu cerita pendek.
  Setiap cerita ini mempunyai tema masing-masing iaitu dalam cerita “ Nenek dan
  Datuk”, “Saya yang Istimewa”, dan “Keluarga Saya”, ia bertemakan
  kekeluargaan, dalam cerita “Hati” pula bertemakan kemasyarakatan manakala cerita
  “Jiran” pula bertemakan kejiranan. Selain itu, bagi elemen sampel/bahan pula
  dianalisis dari segi watak yang terdapat dalam cerita tersebut seperti watak
  ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, abang Imran, kak Madinah,
  Alim, Aisyah, datuk dan nenek. Watak jiran pula terdiri daripada Sulaiman, Mak
  Cik Timah dan Pak Cik Yakub manakala watak di sekolah pula terdiri daripada
  Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim. Kesemua cerita sosial ini memaparkan bentuk
  penceritaan dan menggunakan dialog.  | 
 
| 
   KONTEKS
  DALAM CERITA SOSIAL   | 
  
   Berdasarkan konteks dalam cerita sosial, konteks
  terdiri daripada tiga bahagian iaitu tatabahasa, latar dan situasi. Konteks
  tatabahasa menunjukkan penggunaan kosa kata dan sktruktur ayat yang mudah
  difahami oleh pembaca. Contoh konteks tatabahasa dalam cerita sosial ialah
  penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk
  kanak-kanak istimewa. Pemilihan kosa kata yang digunakan bersesuaian dengan
  umur dan kanak-kanak istimewa. Cerita sosial bukan sahaja tertumpu kepada
  kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak austime, disleksia, cerebral play
  serta apa-apa juga keistimewaan yang lain, malah sesuai untuk semua
  kanak-kanak yang suka dengan teks berbentuk cerita. Selain itu, konteks latar pula
  menjelaskan tempat cerita ini berlaku. Contoh konteks latar yang berlaku
  dalam cerita-cerita sosial ini adalah di kampung nenek dan datuk, rumah ibu
  dan bapa, sekolah, rumah dan rumah jiran. Latar bagi setiap cerita sosial
  terdapat persamaan dan kelainan. Contohnya, cerita berjudul “Saya yang
  Istimewa” dan “Keluarga” mempunyai latar di rumah ibu dan bapa manakala
  cerita berjudul “Hati” terletak di sekolah, rumah ibu bapa dan jiran. Walapun
  kebanyakan latar terletak di rumah ibu dan bapa, namun tujuan penceritaan adalah
  untuk menjelaskan kekuatan hubungan kekeluargaan terhadap kanak-kanak. Konteks
  situasi pula menunjukkan emosi dalam cerita sosial. Contoh emosi yang
  digunakan adalah seperti gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati,
  resah, simpati dan mengambil berat. Selain itu, terdapat persamaan dan
  perbezaan emosi bagi setiap cerita sosial. Cerita sosial berjudul “Nenek dan
  Datuk” mengandungi emosi gembira, rindu, sedih, marah, keliru dan puas hati.
  Contohnya emosi gembira yang terdapat dalam cerita ini adalah seperti “Alim
  tersenyum melihat ayam dan itik” dan “Alim ketawa bersama Abang Imran, Kak
  Madinah dan Aisyah”. Dalam kedua-dua situasi ini, Alim kelihatan gembira
  apabila melihat ayam dan itik dan dia juga gembira apabila bersama Abang
  Imran, Kak Madinah dan Aisyah.  | 
 
| 
   ANALISIS DALAM
  CERITA SOSIAL   | 
  
   Keluarga saya Pelbagai nilai telah dimuatkan dalam cerita ini. Sebagai contoh, nilai baik hati, sabar, tolong menolong, ikhlas, ambil berat, rajin, usaha, tanggungjawab dan rasional. Nilai-nilai ini ditonjolkan melalui beberapa keadaan yang wujud dalam cerita tersebut. Keadaan tersebut telah diwujudkan oleh dialog-dialog perbualan antara Alim dengan ahli keluarganya. Sebagai contoh, nilai sabar ditonjolkan dalam dialog "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini. Perlahan-lahan ya!". Nenek dan Datuk Nenek dan datuk merupakan fokus dalam cerita ini. Pelbagai nilai yang ditonjolkan oleh nenek dan datuk seperti kasih sayang, mengambil berat, rasional, tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati dan kekeluargaan. Selain itu, ibu dan bapa turut mempunyai nilai kekeluargaan. Cerita ini juga menunjukkan bahawa Alim mempunyai nilai sosial yang tersendiri. Bukan itu sahaja, sisi Alim yang mudah keliru dan beremosi juga ditonjolkan dalam cerita ini. Alim perlu menjadikan keluarganya sebagai rujukan agar dirinya dapat bersosial dan memahami setiap situasi. Saya yang istimewa Nilai sosial dalam cerita ini boleh dijadikan panduan kepada orang ramai. Sebagai contoh, nilai baik hati, ikhlas, tanggungjawab, tolong menolong dan mengambil berat. Nilai-nilai ini wujud dalam diri Alim. Cerita “Saya yang Istimewa” ini tertumpu kepada watak Alim. Penggarapan nilai tersebut dalam dirinya telah memberi kesan terhadap persekitarannya. Sebagai contoh, Alim menunjukkan nilai baik hati apabila Alim sudi berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya. Hati Cerita sosial ini memaparkan hubungan sosial Alim bersama-sama dengan gurunya iaitu Cikgu Anis, rakan-rakannya dan ibu. Fokus dalam cerita ini ialah pergaulan Alim bersama orang lain selain daripada keluarganya. Dalam cerita ini juga telah memaparkan watak Cikgu Anis, Alim, ibu dan rakan-rakan kelasnya. Ia juga menampilkan beberapa nilai seperti baik hati, ambil berat, ikhlas, jujur, berkongsi, berterima kasih, hormat-menghormati dan rajin. Contoh nilai rajin yang ditampilkan adalah apabila Alim menumpukan perhatian dalam kelas Cikgu Anis. Jiran Dalam cerita sosial ini, nilai-nilai yang diterapkan ialah baik hati, tanggungjawab, kasih sayang, rasional, ambil berat, ikhlas, jujur dan yakin. Contohnya, nilai kasih sayang yang ditunjukkan dalam cerita sosial ini apabila Alim jatuh sakit. Seluruh keluarga Alim berasa sedih dan menangis kerana Alim sakit. Nilai sosial yang ditunjuk dalam cerita sosial ini boleh membantu Alim memahami situasi sekeliling dan setiap keadaan yang akan ditempuhinya.  | 
 



No comments:
Post a Comment