Rujukan :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami iaitu video one shot.
Untuk pengetahunan anda, video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video kerana memerlukan bahagian kredit bagi tugasan ini. Video one shot ini juga boleh dirakam dengan kaedah one shot two layer dan one shot three layer. One shot two layer dirakam dengan meletakkan penyanyi bersama-sama dengan pelakon atau objek yang bergerak manakala video one shot three layer pula meletakkan penyanyi, pelakon dan objek yang bergerak.
Untuk menghasilkan video tersebut ini, kami mulakan dengan mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp. Perbincangan ini dimulakan dengan membincangkan lagu yang terbaik untuk digunakan dalam video kami. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan tugas dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing.
Kami telah bersepakat untuk memilih lagu Hilang nyanyian kumpulan Jinbara untuk video one shot one layer.
Video One Shot One Layer
Lagu tersebut mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang masih mencari erti cinta yang sebenar. Miming bagi lagu ini dilakukan oleh Muhammad Firdaus.
Selain itu, kami juga telah memilih lagu Harapan Kecewa nyanyian Ahmad Jais untuk video one shot two layer kami.
Video One Shot Two Layer
Akhir sekali, lagu bagi video one shot three layer pula bertajuk Sayap Ilusi oleh kumpulan Wings.
Video One Shot Three Layer
Lagu ini menceritakan seorang lelaki yang rasa cinta terhadap Tuhannya. Video ini turut dihasilkan oleh Muhammad Firdaus sambil dibantu oleh rakan-rakan sekampungnya iaitu Anas, Ihsan, Luqman dan Firdaus sebagai pelakon tambahan.
Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh barisan editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar setiap video one shot ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Sebelum itu, ahli yang bekerja di sebalik tabir pula ditugaskan untuk mencari lagu dan menulis kapsyen blog. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing.
Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video one shot ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video one shot ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment