KANDUNGAN
DALAM CERITA SOSIAL
|
Menurut
pendekatan teori analisis wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018), kandungan dianalisis
melalui tema, sampel/bahan, jenis teks/tulisan dan ujaran/interaksi. Dalam
kajian wacana cerita sosial ini, terdapat beberapa judul yang dianalisis
iaitu “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, “Keluarga Saya”, “Hati”, dan “
Jiran”. Bagi elemen teks, cerita sosial ini merupakan satu cerita pendek.
Setiap cerita ini mempunyai tema masing-masing iaitu dalam cerita “ Nenek dan
Datuk”, “Saya yang Istimewa”, dan “Keluarga Saya”, ia bertemakan
kekeluargaan, dalam cerita “Hati” pula bertemakan kemasyarakatan manakala cerita
“Jiran” pula bertemakan kejiranan. Selain itu, bagi elemen sampel/bahan pula
dianalisis dari segi watak yang terdapat dalam cerita tersebut seperti watak
ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, abang Imran, kak Madinah,
Alim, Aisyah, datuk dan nenek. Watak jiran pula terdiri daripada Sulaiman, Mak
Cik Timah dan Pak Cik Yakub manakala watak di sekolah pula terdiri daripada
Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim. Kesemua cerita sosial ini memaparkan bentuk
penceritaan dan menggunakan dialog.
|
KONTEKS
DALAM CERITA SOSIAL
|
Berdasarkan konteks dalam cerita sosial, konteks
terdiri daripada tiga bahagian iaitu tatabahasa, latar dan situasi. Konteks
tatabahasa menunjukkan penggunaan kosa kata dan sktruktur ayat yang mudah
difahami oleh pembaca. Contoh konteks tatabahasa dalam cerita sosial ialah
penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk
kanak-kanak istimewa. Pemilihan kosa kata yang digunakan bersesuaian dengan
umur dan kanak-kanak istimewa. Cerita sosial bukan sahaja tertumpu kepada
kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak austime, disleksia, cerebral play
serta apa-apa juga keistimewaan yang lain, malah sesuai untuk semua
kanak-kanak yang suka dengan teks berbentuk cerita.
Selain itu, konteks latar pula
menjelaskan tempat cerita ini berlaku. Contoh konteks latar yang berlaku
dalam cerita-cerita sosial ini adalah di kampung nenek dan datuk, rumah ibu
dan bapa, sekolah, rumah dan rumah jiran. Latar bagi setiap cerita sosial
terdapat persamaan dan kelainan. Contohnya, cerita berjudul “Saya yang
Istimewa” dan “Keluarga” mempunyai latar di rumah ibu dan bapa manakala
cerita berjudul “Hati” terletak di sekolah, rumah ibu bapa dan jiran. Walapun
kebanyakan latar terletak di rumah ibu dan bapa, namun tujuan penceritaan adalah
untuk menjelaskan kekuatan hubungan kekeluargaan terhadap kanak-kanak.
Konteks
situasi pula menunjukkan emosi dalam cerita sosial. Contoh emosi yang
digunakan adalah seperti gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati,
resah, simpati dan mengambil berat. Selain itu, terdapat persamaan dan
perbezaan emosi bagi setiap cerita sosial. Cerita sosial berjudul “Nenek dan
Datuk” mengandungi emosi gembira, rindu, sedih, marah, keliru dan puas hati.
Contohnya emosi gembira yang terdapat dalam cerita ini adalah seperti “Alim
tersenyum melihat ayam dan itik” dan “Alim ketawa bersama Abang Imran, Kak
Madinah dan Aisyah”. Dalam kedua-dua situasi ini, Alim kelihatan gembira
apabila melihat ayam dan itik dan dia juga gembira apabila bersama Abang
Imran, Kak Madinah dan Aisyah.
|
ANALISIS DALAM
CERITA SOSIAL
|
Keluarga
saya
Pelbagai nilai telah dimuatkan dalam cerita ini.
Sebagai contoh, nilai baik hati, sabar, tolong menolong, ikhlas, ambil berat,
rajin, usaha, tanggungjawab dan rasional. Nilai-nilai ini ditonjolkan melalui
beberapa keadaan yang wujud dalam cerita tersebut. Keadaan tersebut telah
diwujudkan oleh dialog-dialog perbualan antara Alim dengan ahli keluarganya.
Sebagai contoh, nilai sabar ditonjolkan dalam dialog "Anak ibu baik. Anak
ibu rajin. Mari ibu tolong!” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang
batang penyapu bersama Alim. "Begini. Perlahan-lahan ya!".
Nenek
dan Datuk
Nenek dan datuk merupakan fokus dalam cerita ini.
Pelbagai nilai yang ditonjolkan oleh nenek dan datuk seperti kasih sayang, mengambil
berat, rasional, tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati dan kekeluargaan.
Selain itu, ibu dan bapa turut mempunyai nilai kekeluargaan. Cerita ini juga
menunjukkan bahawa Alim mempunyai nilai sosial yang tersendiri. Bukan itu
sahaja, sisi Alim yang mudah keliru dan beremosi juga ditonjolkan dalam
cerita ini. Alim perlu menjadikan keluarganya sebagai rujukan agar dirinya
dapat bersosial dan memahami setiap situasi.
Saya
yang istimewa
Nilai sosial dalam cerita ini boleh dijadikan
panduan kepada orang ramai. Sebagai contoh, nilai baik hati, ikhlas,
tanggungjawab, tolong menolong dan mengambil berat. Nilai-nilai ini wujud dalam
diri Alim. Cerita “Saya yang Istimewa” ini tertumpu kepada watak Alim.
Penggarapan nilai tersebut dalam dirinya telah memberi kesan terhadap
persekitarannya. Sebagai contoh, Alim menunjukkan nilai baik hati apabila
Alim sudi berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya.
Hati
Cerita sosial ini memaparkan hubungan sosial Alim
bersama-sama dengan gurunya iaitu Cikgu Anis, rakan-rakannya dan ibu. Fokus
dalam cerita ini ialah pergaulan Alim bersama orang lain selain daripada keluarganya.
Dalam cerita ini juga telah memaparkan watak Cikgu Anis, Alim, ibu dan
rakan-rakan kelasnya. Ia juga menampilkan beberapa nilai seperti baik hati,
ambil berat, ikhlas, jujur, berkongsi, berterima kasih, hormat-menghormati
dan rajin. Contoh nilai rajin yang ditampilkan adalah apabila Alim menumpukan
perhatian dalam kelas Cikgu Anis.
Jiran
Dalam cerita sosial ini, nilai-nilai yang diterapkan
ialah baik hati, tanggungjawab, kasih sayang, rasional, ambil berat, ikhlas,
jujur dan yakin. Contohnya, nilai kasih sayang yang ditunjukkan dalam cerita
sosial ini apabila Alim jatuh sakit. Seluruh keluarga Alim berasa sedih dan
menangis kerana Alim sakit. Nilai sosial yang ditunjuk dalam cerita sosial
ini boleh membantu Alim memahami situasi sekeliling dan setiap keadaan yang
akan ditempuhinya.
|